berita

Bunuh Suami Jika Jerit – Isteri Dirogol & Disamun Penjenayah Ketika Suami Sedang Tidur.. Kejam!

June 8th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Malang tidak berbau, dalam kita berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling, kita masih lagi berpotensi menjadi mangsa jenayah. Paling menakutkan apabila kes jenayah seperti rogol, bunuh dan rompakan yang semakin menjadi-jadi.

Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan kes rompak dan rogol yang berlaku di Kapar Klang. Paling kejam mangsa diugut akan bunuh suami yang sedang tidur di ruang tamu.

Jika jerit, suami yang sedang tidur akan dibunuh

Seorang wanita  warganegara Indonesia dirogol penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang Kapar dipecah masuk perompak.

Semasa sedang tidur di dalam biliknya, mangsa terkejut melihat 3 orang perompak berada di dalam rumah.

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu itu akan dibunuh”

“Mangsa juga mengadu diacukan pisau oleh suspek”

Diacukan pisau dan dirogol

Oleh kerana diugut, mangsa yang berusia 34 tahun itu bertindak mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum dirogol seorang suspek. Manakala dua lagi suspek berada di luar bilik.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya yang sedang tidur dan memaklumkan kejadian itu. Sebaik dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba mengejar namun gagal.

“Mangsa kemudian menyedari beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata mangsa dibawa ke Hopsital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×