berita

Bunuh, Tanam Mayat Rakan Dalam Banglo Di Tapak Pembinaan

July 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki warga Bangladesh telah ditahan oleh pihak polis selepas mengaku membunuh sebelum menanam mayat rakan senegaranya di dalam sebuah banglo di tapak pembinaan yang terletak di Taman Mutiara Galla, Seremban.

Bunuh dan tanam mayat rakan

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, perbuatan kejam itu hanya terbongkar selepas majikan mangsa mengesyaki sesuatu berlaku disebabkan sudah lama tidak melihat pekerjanya itu di tempat kerja. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, individu tersebut kemudian pergi ke kawasan pembinaan dan ketika itu dia melihat suspek cuba melarikan diri.

Apabila dia pergi ke tempat kerja mangsa di lokasi pembinaan, suspek cuba melarikan diri dan berjaya ditangkap sebelum di bawa ke balai polis.

Berdasarkan soal siasat, suspek berusia 29 tahun mendedahkan telah membunuh mangsa dan menunjukkan di mana mayat ditanam iaitu di tempat tinggal mereka di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan.

Menurut sumber, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga membuatkan suspek kemudian bertindak agresif dengan memukul kepala mangsa dengan kayu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×