Dalam kegawatan ekonomi hari ini, ramai orang terpaksa berusaha dengan keras demi untuk mendapat sesuap nasi. Ada yang membuat dua kerja supaya dapat menampung kos perbelanjaan keluarga.
Seperti perkongsian pengguna Twitter ini, lelaki yang dikenali sebagai Ben Ramedani menceritakan pengalaman ketika menemu duga seorang calon menerusi Skype.
Tiba-tiba dia menangis
Ketika sesi temu duga berlangsung, dia mendengar kanak-kanak menangis dan isteri membebel di bahagian belakang. Malah, keadaan sedikit kelam kabut dengan bilik yang bersepah dan terlalu bising.
Lebih mengecewakan lagi, calonnya dilihat terganggu dan tidak fokus ketika menjawab soalan yang ditanya.
Menurut Ben Ramedani lagi, selesai sahaja sesi temu duga dia berterus terang menyatakan tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan calon pada hari itu. Calon terus menangis meminta maaf kerana dia hanya mampu menyewa bilik kecil bersama anak dan isteri selepas dibuang kerja tiga tahun lepas.
Calon turut meluahkan rasa sedih kerana telah gagal dalam hidup.
Berasa serba salah kerana telah mengguris hati calonnya pada hari itu, dia segera meminta maaf dan mohonnya bersabar. Dia juga telah menawarkan calon kerja kerana merasakan dia sudah membuat yang terbaik.
Tidak menyangka akan lulus temu duga, calon segera menjerit kegembiraan sambil dipeluk isteri dan anak-anak.
‘I have failed my family’
Sumber: HanafiMadzlan