Di Pangkalpinang, Indonesia, pihak berkuasa telah menahan seorang buruh kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 8 tahun.
Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Dirogol Gara-Gara ‘Termakan’ Ayat Manis Jejaka Di Aplikasi Dating, Diancam Sebar Gambar & Video
Meminta gambar dan video tidak senonoh
Memetik laporan Detik News, Perbuatan terkutuk lelaki yang berusia 35 tahun tersebut terbongkar apabila ibu bapa salah seorang mangsa menemui perbualan mereka melalui telefon bimbit di aplikasi WhatsApp.
Berikutan daripada itu, pihak berkuasa segera siasat dan menangkap Soekarno di Desa Kace, Kabupaten Bangka.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Evry Susanto, telefon bimbit suspek telah dirampas dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 11 foto bogel beserta video mangsa.
Difahamkan, Kanak-kanak tersebut dipaksa untuk menghantar gambar kemaluan dan payudara. Sebagai balasan, pelaku juga akan mengirimkan gambar dan video alat sulitnya kepada mangsa.
Setelah puas melayan nafsu serakahnya, pelaku akan menghapus nombor mereka agar tidak diketahui oleh isteri dan anaknya.
Sumber: Detik News