Gambar sekadar hiasan
Pihak polis berjaya memberkas seorang suspek yang didakwa memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Diperkosa Bapa Tiri 14 Kali, Mak Pula Tak Endah Takut Ditinggal Suami
Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih
Tiga kali dirogol
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cirebon, Indonesia iaitu Kompol Anton berkata suspek merogol mangsa tiga kali iaitu pada 18 Jun hingga 21 Jun lalu.
Pada mulanya, mereka berkenalan menerusi aplikasi temu janji, sering berbalas mesej dan kemudian bertemu.
Ketika kejadian, suspek memperdaya mangsa supaya mengikutnya ke suatu tempat sunyi lalu membawa mangsa ke tebing sungai sebelum merogolnya.
Suspek berusia 27 tahun itu turut bertindak mengambil gambar dan merakam video yang digunakan untuk mengancam mangsa supaya melayan nafsu serakahnya.
Gambar dan video itu digunakan suspek untuk mengugut dan memaksa mangsa untuk disetubuhi. Jika mangsa menolak, suspek akan bertindak menyebarkannya.
Susulan itu, suspek kini berada di dalam sel tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cirebon dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, manakala mangsa pula sedang menjalani pemeriksaan psikologi.
Dalam pada itu, pihak polis juga sedang giat menyiasat bagi mengesan jika ada mangsa lain yang turut menjadi pemuas nafsu suspek yang sama.
Kami masih menyiasat kes ini untuk menentukan apakah ada mangsa lain yang turut menjadi korban.
Bagaimanapun, setakat ini polis hanya menerima satu laporan berhubung kes tersebut.
Sumber: Tribun News