Seorang buruh binaan warga Rohingya didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Buruh lakukan amang seksual
Tertuduh, Korimullah Abdu Rahman yang berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan dalam satu kejadian di Jalan Pulau Senang 3, Semabok pada 26 Disember lalu.
Mahkamah menetapkan 31 Januari ini sebagai tarikh hukuman dan fakta kes serta pelantikan jurubahasa Rohingya. Tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.
Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin ekoran kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) masih dalam proses permohonan.
Difahamkan, perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada bapanya yang mendakwa suspek secara tiba-tiba telah menarik tangan kirinya dan meraba di bahagian dadanya beberapa kali.
Sumber: Sinar Harian