berita

Busana Kembang Janna Nick Unik, Netizen Tanya The Next Aina Abdul Ke?

October 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

janna aina

Baru-baru ini baju yang digayakan pengacara rancangan Famili Duo musim ketiga iaitu Janna Nick telah menyorot perhatian warganet sehingga ada menyifatkan fesyen tersebut sangat pelik.

Artikel Berkaitan: Wajah Semakin Berseri Seri, Janna Nick Jawab Dakwaan Sedang Hamil – ‘Saya Akan Kongsikan Nanti’

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju

Sama ke?

janna aina

Pada konsert pertama Famili Duo musim ketiga yang berlangsung pada Ahad lalu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menggayakan busana daripada pereka fesyen Nizam Zamil.

Bagaimanapun dress unik berwarna hitam yang terdapat dua ‘bonggolan’ putih pada bahagian pinggang pengacara tersebut menjadi perhatian warganet selain mereka tidak memahami apakah tema pakaian baju berkenaan.

Puas belek, yang putih tu apa?

Kepak dia keluar tepi mcm vespa, tetap cantik.

Aku ingatkan Janna tengah duduk rupanya tenga berdiri.

Betul ke orang kata ikan duyung dalam air tak berkaki tapi bila dia naik darat dia jadi penguin? Versi jelita.

Meskipun ramai yang menyoal, namun pengikut dan penyokong pelakon berusia 28 tahun itu tetap memuji kelainan yang ditampilkannya.

Cantiknya awak, dah la makin kurus.. ‘love’ la dia ni.

Awak nampak sangat cantik dan elegan dengan fesyen itu.

Tahniah Janna jadi host untuk Family Duo. Cantik sangat!

Dalam pada itu, terdapat beberapa pihak yang menyamakan konsep fesyen Janna dengan penyanyi, Aina Abdul yang sering tular dengan pakaian ‘outstanding’ dan aneh ketika menjayakan persembahan.

Agak-agak fesyen dan tema apa yang Janna akan pakai untuk minggu ke dua Famili Duo nanti? Cuba teka haiwan ke kereta yang Janna akan bawa atas pentas?

Jadi jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.

Program itu turut menyaksikan enam peserta berentap iaitu, Fuad dan Tom, Sharif  dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah serta Adira dan Emma Suhaimi.

Sumber: Instagram Janna Nick

SKIP THIS AD ×