berita

[VIDEO] Pendakwah Tegur Artis Tutup Aurat Tapi Baju Pelik – ‘Allah Akan Pakaikan Pakaian Api Neraka’

July 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Artis Baju Pelik

Pendakwah bebas, Dr Kamilin Jamilin tampil menegur fesyen luar biasa segelintir selebriti kerana ianya dilarang dalam Islam.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju

Artikel Berkaitan: Pakaian Tak Sesuai Dengan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf Janji Perbaiki Kesilapan

‘Libas al-syuhrah’

Artis Baju Pelik

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Kamilin menjelaskan bahawa Islam melarang berpakaian seperti itu kerana ia boleh memupuk sifat riak kepada si pemakai selain amalan pembaziran yang ditegah.

Sebenarnya pakaian macam ini dilarang oleh Islam, walaupun seandainya tidak mendedahkan aurat sekalipun.

Tetapi pakaian seperti ini tetap salah sebab ia termasuk di dalam kategori ‘libas al-syuhrah’. Iaitu pakaian pelik yang sangat mengundang perhatian.

Sebab boleh jadi pembaziran, boleh jadi juga sebab Islam sangat mahu menjaga umatnya daripada sifat riak.

Mengulas lanjut, Kamilin berkata sifat riak yang ada di dalam diri seseorang boleh membawa kepada kesan buruk di dunia dan di akhirat.

Riak ini sifat yang suka menunjuk-nunjuk nak bagi orang tengok kita. Riak ini muncul bila orang tengok kita lebih hebat, lebih unik daripada orang lain.

Bila kita biasa mengundang perhatian dan tumpuan orang ramai, lebih susah untuk kita jaga hati walaupun kita kata kita tak riak tapi Islam cuba cegah daripada benda tersebut terjadi.

Sebab sifat-sifat macam itu boleh halang kita daripada masuk syurga dan balasannya dia akhirat pun sangat berat.

Dalam pada itu, dia memetik beberapa potongan hadis yang menegaskan tentang balasan Allah terhadap golongan muslim yang memakai pakaian ‘syuhrah’.

Dalam Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Nabi SAW bersabda sesiapa yang di atas dunia memakai pakaian ‘syuhrah’, maka pada hari kiamat nanti Allah akan pakaikan dengan pakaian yang kehinaan buatnya.

Ataupun dalam hadis Ibn Majah, Allah berpaling daripada dia. Dalam riwayat Ibn Abi Syaibah, Allah akan pakaikan pakaian api neraka.

Pada akhir video, Kamilin menitipkan pesan terutama kepada golongan artis dan individu di dalam industri fesyen supaya tidak menghasilkan rekaan yang pelik sehingga mengundang tumpuan ramai.

Jadi saya menyeru sahabat-sahabat khususnya dalam dunia artis dan fesyen jauhilah daripada rekaan yang mengundang ke arah pakaian ‘syuhrah’ ini.

Tak semestinya pakaian itu ketat, gah atau mewah baru jadi ‘syuhrah’, yang penting jangan bagi nampak pelik sangat, lain daripada orang lain sehingga mengundang sensasi atau perhatian disebabkan keanehannya.

@drkamilinjamilin

? Ancaman Buat Pemakai Pakaian “Syuhrah” (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi

? original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

 

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×