berita

[Buy 1 Free 1] Belanja Sepuasnya Untuk Peluang Memenangi Sebuah Honda BR-V di Watsons

March 8th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kecantikan

Hampir setiap bulan kita beli barangan penjagaan diri di Watsons. Memang puas hati shopping dekat sini, semua ada…

Istimewa bulan Mac ni, Watsons nak belanja kita semua  sempena ulang tahun ke-27 mereka dengan sale kaw-kaw, beli 1 percuma 1.

Lebih 200 produk untuk korang pilih!

Bukan biasa-biasa, sale buy 1 free 1 kali ini melibatkan lebih 200 produk. Banyak gila pilihan dan confirm rambang mata nak pilih yang mana satu. Berikut adalah antara beberapa produk yang bagi kami, tak rugi korang stock up.

1. Syampu

Ha, syampu ni penting bukan hanya buat wanita tetapi juga buat lelaki. Nak rambut wangi dan bersih, pastikan korang syampu rambut at least 2 kali seminggu. Kebetulan pulak Watsons buat sale ni, korang beli je banyak-banyak terus. Tak rugi pun, boleh bagi adik-beradik dan sepupu-sepapat korang.

Antara syampu yang korang boleh grab semasa promosi buy 1 free 1 ni berlangsung termasuklah pelbagai variasi syampu Pantene Miceller iaitu syampu Pantene Miceller Purify, Pantene Micellar Rose Water Detox & Hydrate, Pantene Micellar Detox & Scalp Cleanse dan banyak lagi. Pilih jangan tak pilih!

2. Gel mandian

Ini salah satu produk penjagaan diri wajib korang beli semasa promosi beli 1 percuma 1 ini dijalankan. Selalu kita beli gel mandian dengan harga normal, dapat sebotol je, ni beli 1 dapat lagi 1 percuma. Penjimatan berganda. Siapa nak bagi kan?

Pastikan korang restock gel mandian korang sebanyak mungkin, lagipun shower gel ni tahan lama dan expired date lambat. So, beli untuk stok 3, 4 bulan kedepan pun takpe. Nanti korang cuba la gel mandian KUSTIE, best sangat, wangi…

3. Produk penjagaan wajah

Skincare junkie, masanya telah tiba. Waktu yang ditunggu-tunggu datang jua, jangan lupa dapatkan produk kegemaran korang dan buat stok untuk beberapa bulan. Nanti harga dah mahal tak la terkilan sangat.

Lagipun banyak pencuci wajah, face mask dan pelembap wajah yang turut serta dalam promosi kali ni. Putih mata kalau tak beli. Nak tahu produk apa lagi yang ada untuk sale buy 1 free 1 ni, korang klik je sini.

8 Mac ada E-Commerce sale… Lagi meletop! Top! Top…

Bukan hanya TWINIT sale, Watsons juga bakal ada E-Commerce sale sempena Superwomen’s Day (SWD) bermula 8 Mac ni. Ha! Since, kita masih PKPB dan masih dok tunggu giliran vaksin ni, elok la shopping dalam talian je.

Banyak offer menarik sempena SWD E-Commerce sale ni. Siap ada kod promo diskaun. Bukan diskaun cikai-cikai ye. Diskaun harga runtuh nuh. Pasti korang tak kecewa.

Menang Honda BR-V & Banyak Lagi Hadiah Mingguan Sehingga RM25,000!

Nak menang Honda BR-V? Mudah je, korang cuma perlu belanja sebanyak mungkin dengan Watsons sekarang juga. Bukan hanya kereta, tetapi ada banyak hadiah mingguan yang menanti korang sehingga RM25,000 termasuklah RM5,000 baucar untuk semua ahli Watsons.

Maka, pastikan korang cepat-cepat add to cart dan terus check out barangan korang nanti untuk peluang merebut sebuah kereta Honda BR-V dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Yang belum jadi ahli, inilah masanya. Daftar sekarang dan korang akan terima 500 mata ganjaran. Gilerrr best!

**Sementara stok masih ada
**Tertakluk terma & syarat.

Sempena ulang tahun Watsons yang ke-27, pihak Watsons ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, atas sokongan yang telah diberikan selama ini. Bukan mudah nak terus sustain selama 27 tahun dan kita doakan Watsons terus berkembang dari semasa ke semasa.

Nak tahu promosi apa yang Watsons ada dan maklumat terkini mengenai perniagaan mereka? Korang boleh klik link di bawah.

Website: Watsons

Facebook: Watsons

SKIP THIS AD ×