Ira Kazar menerusi Instagram Storiesnya memberitahu dia masih single buat masa ini.
Artikel berkaitan: Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Tunang?
Saya masih single
Sebelum berkongsi kenyataan itu, Ira dilihat baru selesai menonton filem berjudul Black Phone di sebuah pawagam. Sambil berjalan keluar dari panggung, Ira membuat sedikit ulasan peribadi mengenai filem tersebut sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.
By the way, I masih single okay.
Tindakan Ira itu dipercayai respon kepada spekulasi yang melibatkan dirinya bersama pengarah popoular, Syamsul Yusof.
Semalam, viral di media sosial mengenai satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira. Menerusi perkongsian hantaran dan paparan skrin dibuat di media sosial oleh seorang pengguna, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang. Syamsul bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Ira Kaza