
Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan apabila BYON COMBAT SHOWBIZ 7 buat julung kalinya melangkah ke pentas antarabangsa di Malaysia melalui kolaborasi bersama penganjur tempatan, iaitu Kharisma Music International.
Artikel Berkaitan: Coastal Combat 2026: Gabungan Muay Thai & Program Realiti Penuh Aksi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Gentleman’ Mengorat Influencer Depan Bapa, Siap Tanya Berapa Hantaran – ‘Kalau RM28,000 Ni Cukup Tak?’
Gabungan sukan tempur & hiburan

Selepas mencipta fenomena luar biasa di Indonesia, BYON kini hadir ke ibu negara bukan sekadar membawa sebuah acara biasa.
Sebaliknya, ia memperkenalkan konsep baharu yang menggabungkan elemen sukan tempur dengan hiburan moden dalam satu pengalaman yang lebih menyeluruh.
Acara yang bakal berlangsung pada 25 April ini di World Trade Centre Kuala Lumpur, menyasarkan kehadiran lebih 3,000 penonton, sekali gus mencerminkan pertumbuhan pesat minat terhadap sukan tempur dalam kalangan peminat tempatan.
Sebagai platform yang mengangkat konsep sukan tempur secara menyeluruh, BYON menampilkan pelbagai disiplin seperti tinju dan ‘kickstriking’, disertai dengan persembahan visual bertaraf antarabangsa.
Selain itu, kejayaan edisi sebelum ini yang merekodkan lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View (PPV) serta ratusan juta tontonan digital turut mengukuhkan pengaruh BYON sebagai antara platform utama di rantau ini.
Dengan pencapaian tersebut, penganjuran di Malaysia membuka ruang kepada peminat tempatan untuk merasai sendiri evolusi baharu dalam dunia sukan tempur.
Konsep ‘showbiz’

Antara yang paling dinanti-nantikan, acara kali ini menampilkan barisan petarung terbaik dari Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas, menjanjikan aksi sengit serta perlawanan berprofil tinggi yang pastinya mencuri perhatian peminat di kedua-dua negara.
Selaras dengan konsep ‘showbiz’ yang diketengahkan, BYON COMBAT SHOWBIZ 7 bukan sahaja tertumpu kepada pertarungan di gelanggang, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti sidang media, sesi ‘face-off’, ‘weigh-in’, serta kempen promosi menjelang hari acara.
Di samping itu, penganjuran ini turut diperkasakan melalui kerjasama antara Media Prima dan Vidio dalam memperluaskan capaian kepada penonton serantau.
Menerusi penstriman eksklusif di platform Vidio, peminat di Malaysia boleh mengikuti acara ini dengan bayaran RM17, sekali gus menikmati pengalaman ‘combat showbiz’ yang penuh debaran terus dari skrin masing-masing.








