Baru-baru ini, banyak cabaran yang dilakukan secara online wujud. Dari #icebucketchallenge yang dilakukan untuk memberi kesedaran terhadap penyakit motor neuron (MND) sehinggalah #firechallenge yang tidak memberi sebarang makna malah membahayakan si pelakunya.
Terbaru, pelakon, Jasmid Hamid berkongsi sebuah video Zamani, Dato’ Awie dan Hazama melaungkan azan di Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut juga, beliau mengajak anak-anak muda menyahut cabaran #azanchallenge daripada melakukan perkara-perkara yang tiada faedah.
Laungan Azan dari Zamani
View this post on Instagram
Allahuakhbar… Kita selalu dengar PENYANYI hanya menyanyi.. Apa kata kita dengar mereka laungkan AZAN pula.. Kalau boleh pukau pendengar dengan alunan suara merdu melalui nyanyian, mesti boleh laungkan AZAN yang merdu untuk panggil umat Islam mendirikan solat ..Sebenarnya ramai PENYANYI dan PELAKON yang pandai dan merdu suara bila laungkan AZAN..
Adalah lebih baik buat #azanchallenge , lagi bagus rasanya dari buat #challange yang boleh merosakkan akhlak umat Islam…terutama generasi muda… @zamanislam_official
.
.
Hebat Bukan?
#artismalaysia #azan #penyanyimalaysia#pelakonmalaysia #syukuralhamdulillah#allahuakbar #Muslim #hebatbukan#adzanchallenge #myadzanchallenge
Selain Zamani, Awie dan Hazama juga melaungkan Azan
View this post on Instagram
Masyaallah… Sedapnya laungan Azan dari Seniman Dato’ @awieofficial memanggil umat Islam mendirikan solat.. Sayu rasa hati dengar..Semoga mereka yang keras hatinya, akan berasa lembut hati dan terpanggil untuk mendirikan solat.. Semoga makin ramai anak seni yang sering di pandang serong oleh masyarakat, akan laungkan azan untuk umat Islam mendirikan solat .. Semoga segala amal ibadat kita di terima Allah… Aamiin
#azanchallange
Hebat Bukan?
#allahmahaberkuasa #adzanchallenge#azanmerdu #penyanyimalaysia#artismalaysia #Muslim #islam#doayangbaikbaik #muhasabahdiri
View this post on Instagram
Masyaallah… Merdu sungguh laungan Azan dari Seniman @mrhazama1 ..
Dari kita taksub dengan #challenge yang tak dapat pahala dan kebaikan, adalah lebih baik rasanya kita sahut #azanchallange..Moga -moga bila ada yang mendengar laungan Azan itu, akan lembut hati untuk mendirikan solat.. Semoga kita dapat ganjaran dari Allah bila kita ajak manusia menyembah Allah.. Aamiin… .
.
#adzanchallenge
Hebat Bukan?
#artismalaysia #penyanyimalaysia #azan#azanmerdu #love #loveislam#allahmahaberkuasa #muhasabahdiri#Muslim #islam
Pujian dari netizen
Sumber: Jasmin Hamid