Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki mencabul anak kepada jirannya di Kuala Terengganu pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Tak Sabar Tunggu Isteri Habis Berpantang, Lelaki Cabul Anak Tiri Berkali-Kali
Mangsa sedang tidur
Memetik laporan Harian Metro, suspek difahamkan melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang berusia 10 tahun ketika sedang tidur di rumah mangsa pada waktu subuh.
Mangsa kemudian menceritakan perbuatan suspek kepada kakaknya, sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din memaklumkan bahawa pihaknya membuat tangkapan ke atas suspek yang sedang berjalan di tepi jalan pada petang Isnin.
Hasil tangkapan yang dibuat, suspek didapati positif dadah dan akan direman selama tujuh bermula Isnin bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sumber: Harian Metro