berita

Cabul Anak Saudara Memotong Bawang, Buruh Didenda RM5,000

August 1st, 2023 | by Yong
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Polis berjaya menahan seorang lelaki yang didakwa mencabul kehormatan anak saudara perempuannya ketika mangsa memotong bawang di dapur.

Artikel Berkaitan:  Warga Emas Perkosa Anak Umur 10 Tahun, Ikat Di Batu Demi Puaskan Nafsu

Artikel  Berkaitan: Suami Tikam Isteri Dekat Payudara Sampai Maut

Mencium dan menunjukkan kemaluan

Memetik laporan Sinar Harian, tindakan pekerja buruh mencabul kehormatan anak saudara perempuannya dengan mencium pipi dan menunjukkan kemaluan ketika mangsa memotong bawang di dapur mengundang padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, pada Isnin.

Mengikut fakta kes, kejadian tersebut berlaku semasa mangsa sedang memotong bawang di dapur lalu didatangi bapa saudaranya yang berdiri di sebelah kiri.

Difahamkan, lelaki tersebut mencabul mangsa dengan menyentuh belakang badan, mencium dan menunjukkan kemaluannya.

Tertuduh, 49, telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha seteleh mengaku bersalah mencabul kehormatan mangsa berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Medan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×