Gambar sekadar hiasan
Polis berjaya menahan seorang lelaki warga emas yang didakwa merogol anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.
Artikel Berkaitan: Isteri Dalam Pantang, Suami Durjana Ketagih Perkosa Anak – ‘Keinginan Saya Tidak Disalurkan’
Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Diperkosa Bapa Tiri 14 Kali, Mak Pula Tak Endah Takut Ditinggal Suami
Tiga kali dirogol
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia itu menyaksikan seorang bapa berusia 71 menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu.
Perbuatan terkutuk lelaki tersebut terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan diperkosa oleh bapanya itu memaklumkan kepada gurunya di sekolah.
Guru berkenaan kemudian bertindak melaporkan kepada pihak polis.
Menurut Ketua Polis Ogan Komering Ulu, Listiyo Dwi Nugroho menerusi Biladi Ostin berkata pihaknya menangkap suspek di tempat kerjanya sebaik sahaja menerima laporan.
Difahamkan suspek berkerja sebagai pemecah batu.
Selepas menerima laporan daripada mangsa dan guru berkenaan, kami segera menahan suspek pada hari sama kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Suspek adalah ayah kandung mangsa, bahkan sudah tiga kali melakukan perbuatan terkutuk ini.
Berdasarkan maklumat polis, suspek pertama kali melakukan perbuatan keji itu di rumahnya, kemudian di bilik mandi dan yang terakhir di tempat kerjanya.
Kali pertama berlaku di rumahnya, ketika itu mangsa sedang tidur seorang diri suspek masuk dan memperkosa anaknya.
Kali terakhir pula di tempat dia bekerja. Mangsa cuba melawan, namun suspek tidak mengendahkannya lalu mengikatnya di batu.
Susulan itu, kes tersebut masih siasat oleh pihak polis dan suspek boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan memperkosa anaknya yang masih bawah umur.
Sumber: Tribun News