berita

‘Cacat, Terbakar, Muka Buruk’ – Gadis ‘Throwback’ Tragedi Hitam Jadi Mangsa Kebakaran Masa Umur 3 Tahun

June 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kerosakan tisu badan akibat kebakaran daripada haba kering atau bahan kimia boleh membawa kepada tiga tahap kecederaan. Kementerian Kementerian Malaysia menerusi portal rasminya menerangkan tiga tahap tersebut adalah superficial, partical thickness dan full thickness.

Kecederaan daripada kebakaran memerlukan rawatan segera kerana kecederaan boleh menyebabkan komplikasi. Seperti kisah yang dikongsi gadis ini, dia menjadi mangsa kebakaran ketika berumur tiga tahun. Semenjak dari itu, dia mula hilang keyakinan diri.

Tragedi umur 3 tahun

Mengimbau kembali kejadian, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Izyan Khalida memberitahu semasa berumur tiga tahun tragedi kebakaran berlaku menyebabkan badannya melecur teruk.

Dia ditahan di wad untuk tempoh yang lama dan menjalani pembedahan plastik.

Selalu diejek

Sewaktu memasuki alam persekolahan, dia sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan yang lain. Dia juga sering dipandang serong menyebabkan keyakinannya dirinya hilang dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Ingatkan diri jadi kuat

Walau bagaimanapun, dia sentiasa mengingatkan diri agar menjadi kuat dan menghiraukan pandangan sinis orang lain.

Sumber: Izyan Khalida

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×