Memiliki tone suara yang unik, penyanyi Indonesia Cakra Khan mengakui memahami perasaan yang dirasai oleh peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Zazleen apabila suaranya dikritik ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tone Suara Zazleen Jarang Dengar Di Malaysia, Apa Salahnya Kita Angkat & Beri Sokongan’ – Shiha Zikir
Artikel Berkaitan: Marygrace Sedar Kemenangan Dipertikai, Percaya Sudah Lakukan Yang Terbaik – ‘Itu Pandangan Mereka’
Alami situasi sama
Cakra yang juga juri tetap CSOIAM berkata sebelum ini dia pernah mengalami situasi yang sama yang dihadapi Zazleen.
Bercerita lanjut, Cakra berkata keunikan suaranya membuatkan dia lebih berhati-hati memilih lagu.
Memang cabaran Zazleen sama dengan saya. Pertama kali saya masuk industri ini, ramai yang sering berkata suara saya berkahak.
Disebabkan itu, saya agak memilih untuk membawa sesebuah lagu. Dengan itu, kita boleh menggunakan dengan secara maksima ciri khas kita.
Jelasnya, suara yang serak-serak basah itu membuatkan dirinya lebih menonjol daripada yang lain.
Tambah Cakra, dia menggunakan keistimewaan itu sebagai satu kekuatan dalam menyampaikan sesebuah lagu.
Katanya, pemilihan lagu juga memainkan peranan, kerana ia mengambil kira bagaimana ciri pembawakan lagu itu.
Saya pun ada masa di mana saya memilih untuk menyanyikan sesebuah lagu tersebut.
Kerana bila kita menyanyikan lagu itu dengan suara kita yang sedikit berbeza dengan yang lain mungkin akan kedengaran kurang sedap.
Pesanan untuk Zazleen
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kekasih Bayangan’ turut meninggalkan pesanan buat Zazleen supaya tidak berasa sedih dengan komentar yang ditinggalkan orang ramai.
Saya cakap tak perlu rasa sedih.
Sebaiknya, perlu tunjukkan kepada mereka meskipun suara lain dari yang lain namun ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.