berita

Cakra Khan Teruja, Video Uji Bakat America’s Got Talent Akan Disiarkan Minggu Hadapan

July 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Indonesia, Cakra Khan menceritakan pengalamannya sewaktu menyertai ujibakat pertandingan realiti popular dunia, America’s Got Talent.

Terbaru, Cakra memberitahu kepada semua peminatnya bahawa video uji bakatnya bakal ditayangkan pada minggu hadapan.

Jangan lupa tonton!

Bismillah, Hi hi hi ! Assalamualaikum semuanya. Saya nak kongsi berita gembira mengenai uji bakat America’s Got Talent yang saya sertai. Video uji bakat saya akan disiarkan di NBC hari selasa minggu hadapan (18 Julai). Jadi jangan lupa untuk tonton. Terima kasih kerana memberi sokongan, doa dan rasa cinta buat saya. Saya nak bawa anda semua untuk mengikuti perjalanan saya semasa di sana.

Menurut Cakra, dia mahu berkongsi momen indahnya itu bersama para peminat. Ujar Cakra, masyarakat di Indonesia boleh melihat tayangan tersebut pada hari rabu minggu hadapan, pukul 10 pagi.

Terdahulu, Cakra memberitahu pembabitannya dalam program tersebut sebagai sebuah pelajaran dan mahu menunaikan impian arwah ayahnya. Tambah Cakra, dia terpaksa makan lebih banyak bagi menghilangkan rasa gementar sewaktu di sana. Malah, pelantun suara ‘Mencari Cinta Sejati’ itu gemar memakan mi segera perisa pedas bagi membantunya lebih percaya pada diri.

Sumber: Cakra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×