Episod pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menggegarkan dunia hiburan apabila hashtag #OIAM trending nombor 1 platform “X” dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.
Artikel Berkaitan: Rezza Shah Kembali Ke Pentas CSOIAM Selepas Tersingkir, Kai Deva Rangkul Gelaran Juara Mingguan
Artikel Berkaitan: Konsert Pertama CSOIAM Penuh Dengan Kejutan, Sajikan Persembahan Daripada Tiga Bekas Juara & Juri Ternama
Trending nombor 1 di X
CSOIAM episod pertama yang menyajikan persembahan memukau dan penuh tenaga oleh tiga bekas juara One In A Million, kemunculan ikon legenda KRU, serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan program realiti ini satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.
Bukan sahaja trending di platform X tetapi CSOIAM mendominasi Carta Populariti dari segi potensi dan jumlah capaian. Ini membuktikan CSOIAM mampu menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform dan memiliki daya tarikan yang besar.
Anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan sahaja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan berimpak.
CSOIAM terus membuktikan bahawa ia adalah pertandingan paling hebat dan dinantikan di Malaysia. Dengan gabungan bakat generasi baharu dan sokongan luar biasa daripada peminat, program ini mengukuhkan kedudukannya sebagai program berprestij untuk mengakhiri tahun ini.
Proses penyingkiran CSOIAM
Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila hanya 14 daripada 20 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua dan enam daripada mereka tersingkir.
Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’. Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah.
Minggu pertama menyaksikan kuasa mutlak barisan juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan dengan penilaian 70% berdasarkan persembahan pentas secara langsung dan 30% daripada saringan awal.
Proses penyingkiran dilaksanakan secara berperingkat dalam kumpulan kecil di selingan persembahan lagu, menambah elemen dramatik kepada pertandingan. Namun, dalam pusingan penentuan ini, detik di luar jangkaan terjadi apabila Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, menjadikan beliau peserta ke-14 yang mara.
Pada malam episod pertama, Zazzleen mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga lagu I’m Outta Love, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ menjadi milik Kai Deva yang bakal berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan. Menurut Cakra Khan, ton suara Kai Deva sempurna dan berada di tempat yang tepat!
14 peserta yang terpilih iaitu Dhania, Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Aniq Iffat, Hazimi, Erfarina, Alya, Eylia, Dayangku Iffah, Mary Grace dan Trio XL bakal berentap pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.
Tema pada minggu hadapan adalah ‘Melodi Indah, Segar Membara’ iaitu lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar.
CSOIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON. Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta-peserta Top 14 ini secara langsung.