Kredit foto: Tripzilla.com
Semenjak negeri Pahang beralih kepada fasa 2 kira-kira 2 bulan yang lalu, ramai pengunjung dari setiap daerah di negeri ini mula melancong ke destinasi pilihan.
Salah satu destinasi yang sentiasa menjadi pilihan hati para pengunjung adalah, Cameron Highlands yang terletak di wilayah barat Malaysia, Pahang.
Tidak kira usia tua atau muda, Cameron Highlands tidak pernah lekang dek kunjungan orang ramai.
Artikel berkaitan: Bercuti Di 4 Hotel Ini Buat Korang Rasa Seperti Berada Di England, Padahal Cameron Highlands Je!
Artikel berkaitan: 7 Tempat Dalam Malaysia Jadi Pilihan Tahun 2018
Ladang Teh Bharat
Kredit foto: Remaja
Seperti yang kita semua tahu, Cameron Highlands sangat sinonim dengan ladang teh yang luas dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik berserta udara yang sejuk.
Rupa-rupanya terdapat beberapa ladang teh yang berbeza di sana! Antaranya adalah Ladang Teh Bharat dan ianya juga merupakan ladang teh kedua yang terbesar di Cameron Highlands. Lokasi ladang teh ini terletak betul-betul di tepi jalan dan sering menjadi tempat persinggahan pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands.
Waktu operasi: 9.00A.M – 6P.M
Mossy Forest
Kredit foto: Klook
Kepada kaki ‘hiking’ atau yang suka kan keindahan semula jadi seperti masuk kedalam hutan, Mossy forest atau lebih dikenali sebagai Hutan mossy Gunung Brinchang adalah tempat yang sesuai untuk mereka.
Bukan sahaja dapat menikmati keindahan ciptaan alam semula jadi yang sejuk malah dapat merasai seperti berada di dalam hutan mitos filem The Lord Of The Rings!
Mossy forest ini terletak di puncak gunung Brinchang, untuk sampai ke atas puncak tersebut mereka perlulah menaiki pacuan 4 roda dengan penuh berhati-hati. Kerana, jalan untuk sampai ke puncak tersebut sangat sempit dan licin.
Bayaran dikenakan kepada mereka yang ingin masuk ke dalam hutan ini adalah bagi orang dewasa RM10 manakala bagi kanak-kanak RM5.
Waktu beroperasi: 9A.M – 5P.M
The Sheep Santuary
Kredit foto: Rileklah.com
The Sheep Santuary ini terletak betul-betul bersebelahan dengan KEA Farm, jadi para pengunjung yang datang ke KEA Farm untuk membeli-belah boleh lah datang singgah melihat biri-biri yang comel ini!
Bukan setakat biri-biri sahaja yang ada, malah haiwan lain juga diternak di situ dan menjadi tarikan kepada pengunjung khususnya kanak-kank. Jangan risau, kesemua biri-biri dan juga arnab disini sangat jinak dan manja seolah-olah sudah tahu tujuan mereka yang datang kesini untuk bermain bersama.
Pengunjung hanya perlu membayar RM3 sahaja untuk masuk ke dalam ladang ini dan juga dibekalkan dengan makanan untuk diberikan kepada biri-biri tersebut.
Di dalam ladang itu juga terdapat kiosk kecil menjual ais krim. Jadi sambil bergambar bersama haiwan-haiwan comel itu korang boleh menikmati ais krim yang sedap!
Waktu beroperasi: 9.30A.M – 5P.M
Cameron Adventuorous
Kredit foto: Travelmalaysia.me
Berita gembira buat semua pengunjung yang datang ke Cameron Highlands lebih-lebih lagi kepada peminat aktiviti lasak, mereka boleh menaiki ATV yang telah disediakan oleh pihak Cameron Valley untuk masuk ke dalam ladang teh itu sehinggalah sampai ke puncak.
Mereka boleh menikmati pemandangan ladang teh yang luas terbentang sambil menaiki ATV ini selama 20 hingga 30 minit, akan tetapi mereka perlulah berhati-hati di sepanjang jalan tersebut. Hal ini kerana, jalannya yang agak sempit dan kecil boleh menyebabkan kemalangan jika tidak berhati-hati.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga, di sini juga disediakan perkhidmatan 4×4 untuk mereka sekeluarga naik bersama. Di sebabkan aktiviti ini agak lasak, jadi ATV ini hanya boleh dinaiki oleh mereka yang berumur 16 tahun keatas sahaja.
Harga tiket juga agak berbeza untuk ATV dan 4×4, bagi yang memilih untuk menaiki ATV harganya RM50 manakala 4×4 RM15 untuk satu kepala. Sekali sekala datang ke Cameron Highlands melakukan aktiviti lasak apa salahnya kan?
Waktu beroperasi: 9A.M – 6P.M
Taman Lavender
Kredit foto: Let’s go holiday
Sekali pandang seolah-olah ianya berada di luar negara, tetapi kenyataannya taman lavender ini hanya terletak di Cameron Highlands! Ianya adalah Kebun Lavender yang pertama di buka untuk khayalak ramai.
Bukan sahaja bunga lavender yang terdapat di situ malah berbagai jenis bunga yang lain lagi yang boleh didapati disitu. Mereka hanya perlu membayar RM2 jika ingin memetik bunga yang terdapat disitu.
Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat bunga lavender secara dekat dan jika bernasib baik datang ketika musim bunga lavender sedang berbunga mereka pasti akan lebih terpesona dengan barisan bunga lavender yang sangat menarik.
Dari luar sahaja sebelum masuk ke dalam taman ini para pengunjung sudah boleh menghidu bau lavender yang segar dan wangi. Bukan itu sahaja, disini juga para pengunjung dapat merasai aiskrim yang popular iaitu aiskrim berperisa lavender yang sangat sedap!
Harga tiket pula bagi orang dewasa hanya RM10 manakala bagi kanak-kanak RM7. Sebelum pulang ke rumah, bolehlah ambil gambar banyak-banyak disini untuk kenang-kenangan.
Waktu beroperasi: 9P.M – 7P.M
Sumber:Remaja, TRP, Maisinggah, Jomjalan, Travelwithsun.