berita

Cancel Nikah & Kahwin Dengan Orang Lain, Lelaki Ini Tak Halalkan Wang Hantaran Yang Diambil

April 4th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

cancel kahwin headerZaman sekarang ni agaknya semua orang terdesak untuk hidup senang walaupun terpaksa menganiaya orang lain. Baru-baru ni kisah posmen yang kerugian RM 16,000.00 akibat ditipu teman wanita yang lesap di hari perkahwinan telah mengejutkan orang ramai kerana tidak sangka perkara sebegini boleh berlaku.

Rupa-rupanya ada juga yang menerima nasib yang sama, menurut lelaki ini dia tidak pernah menghalalkan walau satu sen wang yang telah diambil oleh bekas tunangnya itu. Dahla  tak pulangkan semula duit hantaran, sedap-sedap pulak guna duit tu untuk kahwin dengan orang lain.

Belah perempuan ‘cacat ingatan’ nak pulangkan duit hantaran balik

Adik posmen. Bertabahlah. Kisah adik lebih kurang sama dengan saya 2, 3 tahun lepas. Keluarga belah perempuan tu sampai sekarang tak jumpa jalan ke rumah keluarga saya. Agaknya dah cacat ingatan kot nak pulangkan duit hantaran saya balik. Moga Allah bahagiakan adik selepas ini. Hak adik terpulang pada adik.

Saya tak pernah halalkan duit tu

Oh, untuk yang tertanya-tanya, just nak bagitau. Saya tak pernah pun cakap dah halalkan lepas tu sekarang tak halalkan. Maaf, memang dari mula tak terbuka hati saya nak halalkan duit hantaran tu. Kalau Najib kata tunggu Selasa, saya lak tunggu Isnin.

Dah dapat full payment, cancel nikah & kahwin dengan orang lain

Perempuan tu dah dapat full duit hantaran tapi cancel nikah seminggu sebelum wedding. Pulang cincin pun, dia datang sorang-sorang, tak bawak mak ayah. Semua benda dah prepare, dah ready pun.. tinggal nak laksanakan majlis je. Lepas 3 bulan, tup tup dia kahwin dengan org lain. Goodie bag  pun dia rembat guna time wedding dia. Sampai la ni, still tak pulang duit. Buat tak tahu, ada suami pun dayus. Duit ambil, kahwin tak jadi. Pelik la perempuan macam tu.

Menurut pengirim kisah ini ke inbox kami, perkara ini betul-betul terjadi kepada abang sahabatnya sendiri. Dahla batalkan perkahwinan, lepas 3 bulan kahwin dengan orang lain pula tu. Macam-macam ragam masyarakat sekarang ni, kadang-kadang perkara yang tak masuk akal pun boleh berlaku. Semua terdesak agaknya!

sumber: Asyraf Nasir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×