Selepas Izreen Azminda, Yana Samsudin dan Hanez Suraya berhijrah, kini giliran pelakon comel Nora Danish pula berhijab? Haa, sebenarnya gambar Nora di Instagram hanya lah untuk sesi penggambaran semata-mata. Cantik bukan?
Terpegun dengan kecantikan Nora bertudung, ramai peminat yang cair tengok imej Nora. Mana tak nya, dah la cantik dan comel, lepas tu pakai tudung pula tu siapa yang tak melting. Kami tengok pun “MasyaAllah cantik nya Nora bertudung!”
“MasyaAllah.. Cantiknya Nora Berhijab!”
Haa, ramai yang doakan Nora dapat hidayah dan terbuka hati untuk berhijrah. Sabar lah, mungkin bukan sekarang, mana tahu satu hari bila tiba masa yang sesuai dan bila Nora dah betul bersedia baru Nora berhijab. Kita doa yang baik-baik saja untuk Nora ya?
Bossned pun cair tau!
Kalau peminat Nora pun dah cair takkan kekasi hati sendiri tak cair kan? Baru-baru ni Bossned ada memuat naik gambar Nora di Instagram dah menulis kapsyen “Pure beauty in my eyes”. Alahaii macam mana lah Nora tak jatuh hati kat Bossned kan. Hiks!