berita

Cantik Luar Dalam, Doktor Miss World Malaysia 2019 Ini ‘Turun Padang’ Bantu Masyarakat Terjejas Covid-19

April 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Miss World Malaysia 2019, Dr Nisha Thayananthan layak menerima pujian daripada masyarakat berikutan sumbangannya kepada negara apabila musibah sedang melanda. Selain menjadi salah seorang frontliner di Hospital Putrajaya, doktor cantik ini turut memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Lebih terharu, dia turut turun padang menyampaikan kesemua bantuan.

We are almost there!

https://www.instagram.com/p/B93VlZ-l_n_/

Menerusi Instagram Dr Nisha, dia berkongsi foto sewaktu berkhidmat dan meninggalkan beberapa pesanan kepada orang awam agar sama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tambahnya, dia turut memohon agar semua orang duduk di rumah buat masa ini bagi memutuskan rantaian wabak yang sedang menular.

Manakala menerusi laporan Berita Harian, Dr Nisha memberitahu banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh rakan-rakannya dan para petugas demi menyelamatkan nyawa ramai pesakit semasa wabak ini. Mereka bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

Bantu masyarakat yang memerlukan

In these few days, I was able to secure an amount of funding and groceries to be given out to the underprivileged . I would like to express my deepest gratitude for your generous support especially @rakyatmalaysia.official. Special Thanks to @mas_mas2ra who helped me loading goods that weigh nearly 200kg, baking under a hot sun. Always help someone, you might be the only one that does.

Selain bertugas di hospital, Dr Nisha turut memandu ke beberapa buah lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Seremban untuk memberikan sumbangan seperti beras, minyak masak dan susu buat masyarakat yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini turut mengamalkan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik.

Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi. Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya, dia akan menggunakan duitnya sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan dan melakukan kerja amal sekiranya mempunyai masa yang terluang.

Sumber: Dr Nisha & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×