Sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75, Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 semalam, di saluran TV1, RTM.
Tampil kira-kira 15 minit
Baginda telah tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit bagi menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara. Menurut Penerbit Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim, dia berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.
Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu. Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini.
Masih berbakat
Antara penyampai berita yang lejen dan bertahan lama di RTM.
Lagenda dalam dunia penyiaran dan sentiasa ada kelas tersendiri.
Suara baginda lembut sahaja, suka sangat tengok berita semalam.
Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejutkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memberi pujian buat baginda kerana masih berbakat. Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu. Sepanjang karier baginda sebagai pembaca berita, baginda pernah merangkul beberapa anugerah penyampai terbaik.
Sumber: Berita RTM