Rasa macam baru je mula berpuasa, tapi rupanya kita dah masuk ke minggu terakhir bulan Ramadan dah. Macam mana dengan persiapan korang? Walaupun tak dapat pulang beraya ke kampung tahun ni, tapi tak bermakna raya kita tak meriah kan.
Cakap pasal meriah, baju raya pun kenalah vogue dan glam. Barulah ada semangat nak raya. Haa..berita baik untuk fashionista semua, bermula hari ini hingga 23 Mei 2021, korang dah boleh grab Koleksi Raya Rizman Ruzaini di Central i-City tau. Tak sabarnya!
A Fabulous Raya – Tema unik dengan kolaborasi hebat
Sempena meraikan lebaran yang bakal tiba, Central i-City dengan bertemakan ‘A Fabulous Raya’ telah mengadakan kolaborasi ekslusif bersama pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini.
Sebagai sebuah pusat membeli belah yang sentiasa menyokong jenama-jenama tempatan, Central i-City menjadi pilihan utama Rizman Ruzaini untuk mengetengahkan koleksi raya mereka tahun ini, di samping mengembangkan dan mengukuhkan lagi nama mereka dalam industri fesyen tempatan.
Banyak design yang meletop dan mampu milik!
Menariknya, Koleksi Raya Rizman Ruzaini kali ini menampilkan 15 rekaan terbaru baju kurung moden yang dah pun menjadi signature Rizman Ruzaini sejak dulu lagi. Kenapa 15 rekaan? Haa..ianya bersempena dengan ulang tahun ke 15 jenama ini. Bukan itu je, Rizman Ruzaini juga akan memperkenalkan 5 rekaan khas yang hanya terdapat di Central i-City!
Korang tengok jelah kat bawah ni. Memang rambang mata sangat. Rekaan yang moden tetapi sangat elegan!
Mesti korang tertanya-tanya berapa harganya kan? Percaya tak kalau kami bagitahu yang Koleksi Raya Rizman Ruzaini tahun ini semuanya mampu milik dengan harga bermula dari RM299 hingga RM429 sepasang. Yeay!
Nak menang hadiah wang tunai lumayan dan barangan dari Rizman Ruzaini?
Lagi best, selain shopping baju raya, korang juga boleh menangi wang tunai beserta hadiah-hadiah menarik dengan menyertai cabutan bertuah Shop & Win Fabulous Treats dan Shop & Redeem : A Fabulous Raya 2021!
Nak tahu macam mana nak sertai? Mudah je..
Shop & Win Fabulous Treats
- Dengan setiap pembelian Koleksi Raya Rizman Ruzaini bernilai sehingga RM350 ke atas, korang layak untuk mendapatkan 1 penyertaan cabutan bertuah*
- Hadiah Utama – Produk Rizman Ruzaini bernilai RM4,000 dan wang tunai bernilai RM1,000
- Hadiah Saguhati x 5 – Produk Rizman Ruzaini bernilai RM750 dan wang tunai bernilai RM250
- Tempoh peraduan: 23 April – 5 Mei 2021 (5pm)
*Tertakluk terma dan syarat
Shop & Redeem : A Fabuous Raya 2021!
- Berbelanja sehingga RM500 dan tebus tote bag dan sampul duit raya ekslusif Central i-City x Rizman Ruzaini Raya*
- Tempoh: 5 – 23 Mei 2021
*Tertakluk terma dan syarat
Oh ya, pengumuman pemenang untuk cabutan bertuah Shop & Win Fabulous Treats akan diumumkan pada 5 Mei 2021 dalam sebuah acara khas yang turut diserikan dengan kehadiran Rizman Ruzaini dan penampilan khas dari Hael Husaini.
Selain itu, terdapat juga sesi make-up tutorial percuma oleh artis tempatan seperti Ikmal Amry, Puteri Aishah bersama Nurida Suraya. Bestnya!
Korang juga jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Koleksi Raya Rizman Ruzaini dengan penampilan istimewa Nur Fazura dan dihoskan oleh Fiza Sabjahan pada 8 Mei 2021 ini.
Mengambil semangat bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Central i-City dengan kolaborasi bersama Rizman Ruzaini juga akan mendermakan RM50 bagi setiap pembelian Koleksi Raya Rizman Ruzaini.
Dah puas shopping, jangan lupa ambil gambar dulu!
Tak lengkap rasanya kalau tak abadikan foto di sana nanti kan? Sambil cuci-cuci mata tu, apa kata korang posing dengan produk-produk ekslusif Rizman Ruzaini. Tak beli pun takpe, asalkan dapat bergaya dengan produk terkenal ni pun jadilah!
Selain Koleksi Raya Rizman Ruzaini, korang juga boleh berkunjung ke Bazaar Ramadan tau. Di sana ada macam-macam keperluan raya yang korang boleh beli antaranya kuih raya, baju kurung, tudung, baju melayu dan banyak lagilah!
Apa tunggu lagi? Jumpa di sana!
Jadi, jangan lupa untuk shopping koleksi ekslusif ini di Central i-City dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah!
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook dan Instagram Central i-City