berita

Caprice Bantu Bayar Denda Jurutera Conteng Dinding Kedutaan AS -‘Settle, Awak Memang Berani’

November 9th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang jurutera projek yang berusia 23 tahun telah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas menulis perkataan ‘terrorist’ pada tembok bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Artikel Berkaitan: ‘Caprice Sangat Melampau, Semua Benda Nak Masuk Campur Tapi Tak Tahu Hujung Pangkal’ – Michael Ang

Artikel Berkaitan: Caprice Akur Perintah Mahkamah, Padam Video Ebit Lew & Mondy Tattoo – ‘Kita Fight Melalui Peguam’

‘Selesai’

Terbaharu, penyanyi rap dan juga aktivis kemanusiaan, Caprice telah menyelesaikan saman yang dikenakan terhadap jurutera tersebut.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia telah memuat naik satu resit perbankan yang berjumlah RM1,000 kepada akaun tertuduh.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memuji keberanian tindakan jurutera tersebut.

Settle… Awak memang berani dik dan kita sentiasa di belakang sahabat-sahabat kita yang pejuang demi Al-Aqsa. Insya-Allah

Terdahulu, Caprice ada meminta pengikutnya untuk memberitahu kepada jurutera itu bahawa dia akan membayarkan saman untuknya.

Sekadar info, majistret Wong Chai Sia telah menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan, jika dia gagal untuk membayar saman berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwan melakukan khianat iaitu menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menggunakan penyembur cat warna merah sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×