berita

Caprice Akur Perintah Mahkamah, Padam Video Ebit Lew & Mondy Tattoo – ‘Kita Fight Melalui Peguam’

October 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Caprice Akur Perintah Mahkamah

Penyanyi rap, Caprice terpaksa akur dengan perintah injuksi interim (sementara) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam yang memperuntuknya untuk memadam kesemua video melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew dan wanita Indonesia, Mondy Tattoo.

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Peroleh Injuksi Interim, Mahkamah Arah Video Podcast Caprice & Mondy Tatto Dipadam

‘We will fight harder’

Caprice Akur Perintah Mahkamah

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia memadam kesemua video yang melibatkan dua individu tersebut sebagai tanda dirinya menghormati perintah mahkamah.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak dibenarkan untuk bercakap atau membincangkan mengenai kes tersebut malah turut tidak dibenarkan menyebut atau memetik mana-mana pihak yang didakwa berkaitan dengan isu tersebut.

Minta maaf guys, saya terpaksa padam posting-posting tentang kes Ustaz Ebit Lew (UEL) dan Mondy untuk hormat perintah injunksi interim Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui platform secara e-review Hakim Sayani Binti Mohd Nor.

Dalam perintah injunksi interim, saya diperintahkan untuk padam kesemua posting yang ada kaitan dan tak boleh langsung cakap mengenai kes ni atau apa-apa kaitan dengan kes tersebut atau mengenai orang-orang yang terlibat dengan kes tersebut secara langsung atau tidak langsung.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu ‘Kau Hade’ itu turut menjelaskan bahawa dia tidak dibenarkan untuk memberikan sebarang maklum balas atau jawapan balas mengenai isu ini.

Pendek kata, Caprice tidak dibenarkan langsung untuk bercakap mengenai apa-apa yang berkaitan dengan kes ini.

Basically, I can’t say anything about this case or the people involved in this case or the persons in this case. Profile tentang video-video yang dibayar untuk sebar fitnah di TikTok, disebabkan perintah injunksi interim, saya dinasihat untuk tidak boleh jawab atau counter.

Minta maaf semua. Kita akan teruskan fight melalui Peguam kita. Thank you.

Di akhir hantarannya itu, Caprice memohon maaf buat kesemua individu yang meminta pertolongannya dalam mencari keadilan sebelum ini.

Penyanyi rap berusia 35 tahun itu juga menegaskan bahawa dia tetap akan berusaha dalam memastikan keadilan itu terbela.

Terdahulu, tularnya video podcast yang dilakukan Caprice bersama Mondy Tattoo atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual terhadap Ebit Lew.

Susulan itu, Ebit kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 29 Sept lalu.

Sehinggalah pada 5 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam mengeluarkan arahan kepada Caprice untuk memadam kesemua video yang berkenaan selepas Ebit Lew berjaya memperoleh perintah injuksi interim (sementara).

Posting Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×