berita

Caprice Jumpa Bungkusan Misteri Atas Kereta Isteri – ‘Kalau Ada Telur Mari Cari Saya’

August 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa bengang apabila menemui bungkusan ‘misteri‘ di atas kereta isterinya.

Artikel Berkaitan: ‘Tiga Minggu Saya Menangis’ – Isteri Pertama Abang Tesla Buat Solat Istikharah, Dedah Pernah Jumpa ‘Madu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla ‘Plan’ Nak Nikah Lagi Jika Isteri Kedua Tak Boleh Hamil

Artikel Berkaitan: Caprice Hormat Isteri, Enggan Ulas Isu Poligami – ‘Jangan Tag, Saya Nak Hidup Tenang’

Jumpa bungkusan misteri

Menerusi video yang dikongsikan oleh Caprice, memaparkan bungkusan pelitup muka berwarna hitam telah dijumpai di atas kereta isterinya. Bukan itu sahaja, di dalam bungkusan tersebut mengandungi tisu dan bedak.

Saya tak tahu siapa yang tahu saya tinggal di mana. Tempat tinggal saya sangat privasi dan saya tak pernah beritahu duduk dekat mana. Walau bagaimanapun, ada orang telah meletakkan sesuatu di atas kereta isteri saya. Kereta lain tiada masalah.

Saya percaya isteri saya menjadi mangsa sasaran individu berkenaan. Ini tak lawak. Dah level ganggu keselamatan keluarga saya. Sesiapa yang buat kerja jijik ini tiada telur. Kalau ada telur cari Caprice.

Ujar Caprice, dia tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Namun, dia pasti isterinya menjadi sasaran individu berkenaan. Berikutan daripada itu, isteri Caprice iaitu Farra Inalis telah membuat laporan polis di balai berdekatan berhubung penemuan bungkusan misteri tersebut.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×