berita

Caprice Hormat Isteri, Enggan Ulas Isu Poligami – ‘Jangan Tag, Saya Nak Hidup Tenang’

August 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Caprice

Sejak kebelakangan ini, isu poligami sekali lagi menjadi topik perdebatan dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla

Artikel Berkaitan: ‘Poligami Adalah Sesuatu Yang Allah Beri Untuk Perbetulkan Kesilapan’ – Netizen Migrain Baca Kenyataan Abang Tesla

Susulan itu, segelintir wargamaya telah memetik nama selebriti media sosial, Caprice untuk mengulas mengenai topik tersebut.

Ini kerana, umum mengetahui, Caprice sering menggunakan platform media sosial miliknya untuk mengulas isu atau berita yang sedang ‘trending’.

Caprice tak mahu ulas poligami

Caprice

Pun begitu, lain pula ceritanya kali ini apabila Caprice mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai isu poligami.

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice berkata dia meminta orang ramai untuk tidak lagi memetik namanya serta memohon maaf kepada netizen.

Tolong jangan tag nama Caprice dekat berita ini (poligami). Saya dah tak nak komen.

Minta maaf sangat-sangat, saya nak hidup tenang.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, seorang individu meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan pempengaruh itu bukan takut kepada isterinya, Farra Inalis, tetapi menghormati.

Komen tersebut telah menarik perhatian Caprice apabila dia seakan menyokong kata-kata individu terbabit.

Difahamkan, tindakan Caprice berbuat demikian disebabkan Farra Inalis sebelum ini meluahkan rasa geram apabila suaminya mengulas isu mengenai Abang Tesla yang bernikah sekali lagi.

Dalam hantaran video yang dikongsikan sebelum ini, Caprice berpendapat tidak salah seorang suami untuk bernikah sekali lagi, tetapi tidak perlu dijadikan konten dalam media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×