berita

Caprice Sudah Tampil Beri Keterangan Isu Fitnah Ebit Lew – ‘Kalau Saya Tipu Buat Apa Saya Tolong Orang Kasta Rendah’

September 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Caprice Ebit Lew

Pempengaruh media sosial, Caprice memaklumkan dia sudah memberi keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat pendakwah Ustaz Ebit Lew mengenai fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kesian Mondy. Ibu, Bapa Tiri Dia Dah Kena ‘Gula-Gula’ Dengan Bukti Chat Yang Confirm Fake’ – Caprice

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kamu Delete Semua ‘Bukti’ Chat Ustaz? Kamu Sudah Fitnah & Sebar Fitnah’ – Caprice

Sudah beri keterangan

Caprice Ebit Lew

Ketika ditemui OhBulan!, Caprice berkata dia dan beberapa orang pekerjanya serta seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Selangor, semalam.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dia mempunyai semua bukti yang kukuh berhubung pendedahan Mondy sebelum tularnya video podcast bersama wanita itu baru-baru ini.

Saya sudah pergi ke IPD Selangor untuk berikan keterangan berhubung kes yang sedang kecoh ini.

Saya berada di sana selama enam jam bersama empat orang staff dan Mondy sendiri. Saya hanya beri keterenagn berdasarkan podcast yang viral itu. Saya rasa bahagian saya sudah selesai.

Untuk kes kali ini saya lebih peka dan belajar daripada isu Gaza. Sebelum saya muat naik podcast itu, saya sudah pun buat laporan polis. Mondy sendiri sebagai mangsa ada buat laporan polis.

Selain membuat laporan polis dan menghantar Mondy menjalani ujian psikiatrik profesional, saya juga ada minta Mondy tanda tangan satu perjanjian mengatakan segala yang dikongsikan dalam podcast adalah benar, sebelum post poadcast itu. Saya sudah ada bukti kukuh.

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan lelaki iaitu Thor X yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, Caprice menafikan dakwaan mengatakan podcast tersebut adalah satu penipuan dan sekadar ingin meraih perhatian orang ramai.

Kali ini kami tidak memberi ruang untuk mana-mana pihak dengan mudah mengatakan kami menipu. Ketika kali pertama Mondy tiba di Malaysia, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu pun dia sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.

Kalau saya nak reka, takkan saya nak rakam senyap-senyap. Lebih baik saya suruh dia berlakon di hadapan kamera saja dan kalau fikir secara logik saya nak membayarnya, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya seperti wanita bertudung, alim, atau penghafaz al-Quran. Itu lagi mudah masyarakat percaya.

Tapi wanita yang saya bantu ini bertatu dan kasta rendah di Indonesia. Buat apa saya nak seksa diri, keluarga untuk bela orang yang dari kasta rendah. Lagipun ketika itu urusan saya dan dia sudah selesai dan boleh saja saya suruh dia balik Indonesia. Tapi kenapa tidak benarkan? Kerana orang minta tolong dan jenayah itu besar, tak akan saya nak diam.

Kelmarin Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya selepas tular video podcast Caprice bersama Mondy Tatto.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

SKIP THIS AD ×