berita

Cara Bayar Zakat Fitrah Selangor Guna Maybank2U

April 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umumnya mengetahui, zakat fitrah merupakan sedekah wajib yang perlu dikeluarkan oleh umat Islam semasa bulan Ramadan bagi memberi makanan kepada orang-orang  miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Susulan daripada itu, min hari ini nak berkongsi cara mudah untuk penduduk Selangor bagi membayar Zakat Fitrah hanya menerusi aplikasi Maybank2U memang mudah!. Bukan itu sahaja, penduduk di negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka, Pulau Pinang, dan penduduk di Wilayah Perseketuan juga boleh menggunakan aplikasi yang sama.

1. Log in account M2u

2. Tekan pilihan pay, dan tekan NEW PAYEE

3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (LZS) (mengikut negeri masing-masing)

Lepas korang dah pilih nama penerima, korang hanya perlu masukkan nombor telefon dan pilih jenis zakat yang mahu dibayar. Terdapat beberapa pilihan yang boleh korang pilih antaranya zakat padi, zakat kwsp, zakat saham, zakat simpanan dan banyak lagi. Memang mudah!

4. Tekan proceed!

Selepas korang dah pilih jenis zakat yang mahu ditunaikan, korang boleh terus proceed. Kadar zakat bagi negeri Selangor pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7/ RM14/ RM21 (kadar berbeza bagi setiap negeri).

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menetapkan kadar zakat fitrah di Negeri Selangor kekal RM7 sama seperti seperti tahun sebelumnya. Penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Kadar zakat fitrah sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah.

Apa-apa pun semasa membuat pembayaran zakat tersebut, korang jangan lupa pula niat.

Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.

Syarat wajib Zakat Fitrah

Sekadar gambar hiasan

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Sumber: Zakat & Fizal Hafiz

SKIP THIS AD ×