berita

Cara Menarik Untuk Korang Dapat Lebih Banyak Ganjaran Istimewa Dengan Grab! Meh Kami Ajar!

July 7th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakan e-wallet untuk membuat bayaran. Kebanyakkan kedai-kedai sekarang pun dan mula terima pembayaran melalui kaedah e-wallet ni. Lebih cepat dan mudah kan?

Tapi dalam banyak-banyak aplikasi e-wallet yang ada, cuba teka aplikasi apa yang paling menjadi pilihan ramai? Mestilah aplkasi Grab! Kalau korang nak tahu, Grab ada tawaran istimewa untuk pelanggan setia mereka tau!

Pulangan ganjaran yang lebih berbaloi dengan GrabPay dan PayLater oleh Grab

Korang sebagai pengguna Grab mesti dah biasa dengan GrabPay dan PayLater kan? Bagi korang yang belum tahu, meh kami bagi korang senang faham pasal GrabPay dan PayLater ni.

GrabPay ialah e-wallet yang membolehkan korang buat bayaran secara online atau di kedai. Nak beli barang dapur ke, shopping secara online ke, semuanya mudah dengan GrabPay. Nampak ada Duitnow QR di mana-mana kedai, scan je dengan GrabPay untuk buat pembayaran. Cepat dan mudah.

Antara ciri Grab yang paling ramai pengguna suka ialah ciri PayLater. Berkonsepkan “Beli Dulu, Bayar Kemudian”. Korang boleh pilih nak bayar sesuatu tu pada akhir bulan atau secara empat ansuran dengan PayLater. Ini la antara cara untuk korang berjimat cermat.

Korang juga akan dapat mata ganjaran GrabRewards setiap kali korang berbelanja dengan GrabPay atau PayLater tau. Tapi kali ni Grab ada tawaran lagi luar biasa wei. Korang boleh dapat lebih banyak ganjaran semula yang serius berbaloi gila!

Ganjaran sehingga 1.5% bila berbelanja dengan Grab di mana-mana je!

Susah nak percaya tapi ni memang kenyataan. Grab dah upgrade ganjaran yang lebih istimewa untuk korang. Paling best, korang akan dapat semula ganjaran sehingga 1.5% untuk setiap transaksi dengan GrabPay atau PayLater. Syoknya!

Macam mana nak dapat semula ganjaran sehingga 1.5% yang Grab tawarkan ni?

Kami dah agak korang akan tanya pasal ni. Caranya senang je. Korang hanya perlu mendaftar sebagai pengguna GrabUnlimited. Harganya 1 sen je untuk bulan pertama dan RM4.90 untuk bulan berikutnya. Baucar diskaun GrabRewards pun korang boleh tebus. Syoknya!

Ini yang korang akan dapat dengan ganjaran sehingga 1.5% oleh Grab

Haa.. Nampak muka dah blur sangat tu. Meh kami terangkan pada korang satu demi satu tentang ganjaran sehingga 1.5% oleh Grab ni.

Pengguna GrabUnlimited akan dapat 1.5 mata ganjaran GrabRewards dengan setiap RM1 yang dibelanjakan. Maksudnya selepas membelanjakan sebanyak RM1,000, korang akan dapat 1,500 mata ganjaran GrabRewards.

Kalau nak tebus baucar RM5 di Grab, biasanya korang akan perlukan sebanyak 750 mata ganjaran GrabRewards. Tapi kalau korang jadi pengguna GrabUnlimited, korang dapat tebus baucar RM5 dengan hanya 500 mata ganjaran GrabRewards. Menarik kan?

Secara tak langsung, korang boleh tebus baucar diskaun Grab berjumlah RM15 selepas membelanjakan sebanyak RM1,000. Jadi, dapat la balik ganjaran sehingga 1.5% untuk setiap transaksi yang korang buat dengan GrabPay atau PayLater. Memang enjoy habis!

Selain tawaran ni, korang juga dah boleh mula tebus baucar diskaun GrabRewards mulai 2 Jun 2022. Paling menarik, tiada had untuk jumlah yang korang boleh peroleh dan tebus tau. Tu yang best!

Sebab tu kami rekomen korang jadi pengguna GrabUnlimited mulai hari ni. Jom berbelanja dengan Grab dan dapatkan semula ganjaran sehingga 1.5% untuk setiap transaksi dengan GrabPay atau PayLater. Yay!

Untuk info lebih lanjut tentang tawaran ni, korang boleh klik sini ya.

SKIP THIS AD ×