berita

Cara Mohon Faedah SIP Untuk Anda Yang Hilang Kerja, Dapat Elaun Sehingga 6 Bulan Jika Layak!

July 1st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berikutan wabak pandemik yang melanda negara, industri ekonomi terpaksa menutup perniagaan dan ada yang mengambil langkah mengurangkan pekerja untuk menampung operasi syarikat. Bagi pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), mereka yang diberhentikan layak menerima faedah.

Di sini kami nak kongsikan langkah-langkah untuk melakukan tuntutan faedah ini.

Siapa yang layak?

Pertama sekali anda harus menyemak kelayakan di portal rasmi Perkeso. Sila layari laman sesawang perkeso.gov.my kemudian tekan pautan Faedah SIP untuk mengenalpasti jenis faedah dan menyemak kelayakan. Definisi kehilangan pekerjaan seperti yang dijelaskan Perkeso adalah;

Pembuangan kerja dan pertindihan

  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Walaubagaimanapun, bagi situasi seperti di bawah, pencarum tidak layak untuk menerima faedah SIP.

  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

Faedah bagi yang layak

Bagi yang layak, anda boleh menikmati sehingga 5 faedah berbentuk kewangan iaitu;

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal. Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2. Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3. Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan. Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP. Dibayar secara pukal.

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

Kemudahan latihan vokasional. Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000.

4. Elaun Latihan (EL)

Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan. Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan. Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL.

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal. Sebanyak 25% daripada baki EMP. Dibayar secara pukal.

SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:

1. Program Penempatan Pekerjaan

Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

2. Kaunseling Kerjaya

Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

Cara memohon

Sekiranya layak, anda boleh meneruskan permohononan dengan menekan pautan ini. Anda boleh memilih untuk membuat permohonan secara atas talian atau menerusi mana-mana kaunter pejabat PERKESO.

Setelah menekan pautan tersebut, anda klik ‘setuju’ untuk ke muka seterusnya.

Di muka seterusnya ini, anda hendaklah mengisi nombor kad pengenalan dan klik butang ‘semak’. Setelah itu, anda haruslah mengisi nama majikan dan tarikh kehilangan pekerjaan (LOE) dan tekan ‘mohon’ untuk meneruskan permohonan.

Setelah itu, segala maklumat diri dan pekerjaan harus diisi dengan betul sebelum memuat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan KPPN
  • Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  • Salinan maklumat akaun bank
  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan

Selepas dokumen dimuat naik, klik ‘hantar’. Selain daripada dokumen di atas, pemohon bagi faedah-faedah tertentu harus mengemukakan dokumen sokongan tambahan iaitu;

Bagi pencari pekerjaan atau graduan baru, anda boleh mengunjungi Portal Pekerjaan SIP untuk memuatnaik resume. Perkeso juga menyediakan ujian psikometrik bertujuan mengenal pasti minat, bakat, dan keperibadian anda untuk menentukan pekerjaan yang sesuai dengan anda.

Sumber : PERKESO

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×