Ketika kita semua sedang menikmati pelbagai juadah enak untuk berbuka puasa, pernah tak kita terfikir kemungkinan ada insan lain yang mungkin hanya makan sekadar untuk mengalas perut?
Begitulah yang dilalui oleh keluarga Puan Aishah berusia 36 tahun yang kini menetap di Pasir Mas, Kelantan bersama 3 orang anaknya dan salah seorang daripada anaknya adalah insan kurang upaya.
Walaupun suaminya, Encik Mustopha bekerja sebagai buruh binaan, pendapatannya ternyata tidak mencukupi kerana upahnya hanya akan dibayar mengikut hari pekerjaan yang tidak menentu.
Oleh itu, Puan Aishah telah memulakan perniagaan kerepek dan kuih-muih secara kecil-kecilan demi membantu suaminya. Namun, dek kerana barangan dan peralatan yang terhad, Puan Aishah hanya mampu mengeluarkan produknya dalam kuantiti yang sedikit.
Pada 27 April yang lalu, Puan Aishah dan keluarga menerima sinar baru dalam kehidupan mereka apabila SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank yang diwakili oleh Encik Mohammad Shidek Nazaran, Ketua Jabatan Syariah Alliance Islamic Bank dan wakil Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) berkunjung ke rumah mereka untuk menghulurkan bantuan.
Kini, Puan Aishah bagai mendapat semangat baru apabila barang dan peralatan diinginkan untuk perniagaannya seperti ketuhar, kuali besar, pengisar dan pelbagai acuan kuih telah diperolehi.
Apa itu SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank?
Untuk pengetahuan korang, SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank adalah sebuah platform pendanaan patuh syariah yang dilancarkan pada Mei 2019. Jadi, SocioBiz memberi peluang kepada korang membantu insan lain dengan misi untuk memberikan perubahan positif dalam kehidupan mereka, terutamanya daripada segi ekonomi dan taraf hidup.
Selain itu, SocioBiz juga bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan dengan mempersiapkan mereka dengan sumber dan kemahiran yang sesuai. Kiranya, mereka nanti akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.
Apa ciri-ciri istimewa SocioBiz?
- Penerima akan menerima jumlah keseluruhan kutipan sumbangan (100% daripada jumlah sumbangan)
- Alliance Islamic Bank memastikan semua kempen akan menerima sumbangan terus daripada pihak bank
- Alliance Islamic Bank akan memadankan sumbangan bank dengan sumbangan yang diterima dari orang ramai (RM 1 setiap RM 1)
- Penerima sumbangan dikenalpasti oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank, iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS)
- Penyumbang layak menerima resit pelepasan cukai bagi sumbangan yang dibuat kepada kempen yang dilancarkan (resit akan dikeluarkan oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank)
Nak tahu lebih lanjut mengenai program SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank? Mudah je, klik di laman sesawang rasmi SocioBiz.
Semoga dengan program inisiatif daripada pihak SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank ini, penerima sumbangan boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka dan seterusnya menaiktaraf kehidupan masyarakat dengan menyumbang kepada insan yang memerlukan.