Hari berganti, bulan berganti, tahun pun berganti. Sekarang dah masuk tahun 2020! Tahun baru korang kali ni mesti lain daripada yang lain kan? Tapi, ia takkan rasa lengkap dengan kelengkapan rumah yang belum cukup.
Nak cari kelengkapan rumah, mesti la di MR.DIY. Ia telah menjadi lokasi utama untuk berbelanja. Korang pasti akan nampak cawangan mereka di merata tempat. Cuba teka, ada berapa cawangan MR.DIY setakat ni?
MR.DIY dah ada cawangan ke-1000!
Nak tahu apa perkembangan MR.DIY sekarang? Menjelang tahun 2020, mereka dah ada 1000 cawangan MR.DIY di lebih 200 bandar dalam 8 negara di Asia iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, Cambodia and India. Tahniah MR.DIY!
MR.DIY bukan setakat peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, malah di seluruh Asia. Kalau korang nak tahu, sehingga sekarang dah 270 juta orang pelanggan yang setia mengunjungi MR.DIY di seluruh Asia. Bukan biasa-biasa!
Raikan tahun 2020 dengan promosi istimewa di MR.DIY!
Sempena meraikan pembukaan MR.DIY yang ke-1000, ada promosi hebat menanti korang di tahun baru 2020! Promosi istimewa ini berlangsung selama 7 hari bermula 1 hingga 7 Januari 2020 di MR.DIY! Kena singgah nanti!
Apa promosi yang special sangat tu? Haa.. Korang pun mesti tak boleh brain. Lebih daripada 14,000 barangan di MR.DIY yang ditawarkan diskaun 10%. Paling menarik, ini merupakan kali pertama MR.DIY buat promosi diskaun macam ni!
*Harga pada tag adalah sebelum diskaun
Sertai peraduan Berbelanja & Menang, hadiah lumayan oi!
Dah alang-alang borong sakan kat MR.DIY, korang sertai la peraduan yang mereka buat. Peraduan Berbelanja & Menang ni bermula 1 hingga 31 Januari 2020 di cawangan seluruh negara. Hanya perlu berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas untuk join contest. Lebih daripada 500 hadiah menarik untuk dimenangi!
Langkah-langkah untuk sertai Peraduan Berbelanja & Menang
- Berbelanja dengan minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana kedai MR.DIY.
- Scan QR Code untuk menjawab 1 soalan dan isi butiran korang ke dalam Google form.
- Hantar borang penyertaan korang dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan!
Hadiah untuk dimenangi
- Tempat Pertama: Vespa S125 x 1 unit
- Tempat Kedua: iPhone 11 Pro Max (64GB) x 3 unit
- Tempat Ketiga: Samsung 50” 4K UHD TV x 5 unit
- Sagu hati: Baucar MR.DIY (RM200) x 500 pemenang
Bukan susah pun join contest ni. Senang je kan? Kalau korang bertuah, dapat la menang Vespa S125 tu. Hadiah yang lain pun meletop habis. Share dengan family dan member korang jugak pasal contest ni tau.
Rebut MR.D.I.Y. Toy Trucks, limited edition yang pertama!
Kami paling tertarik dengan promosi Purchase with Purchase (PWP) yang dibuat bermula 8 Januari 2020 seterusnya di semua cawangan MR.DIY seluruh negara. Untuk setiap pembelian RM30 dan ke atas, korang dapat beli MR.D.I.Y. Toy Trucks, limited edition yang pertama dengan harga RM3 je!
Ada aktiviti & promosi menarik untuk 3 hari saja. Kena cepat ni!
Warga Lembah Klang take note! Pada 3 hingga 5 Januari 2020, MR.DIY & MR.TOY@Aeon Mall Shah Alam turut mengadakan aktiviti dan promosi menarik selama 3 hari. Kebetulan waktu tu hujung minggu. Boleh la pergi dengan family.
Best kan? Korang yang duduk kat Lembah Klang jangan tak pergi pulak eh. Rugi kalau tak grab promosi ni sebab bukan selalu buat okay. Jangan lupa save kat smartphone korang kalau tak nak terlepas promosi yang ada di MR.DIY & MR.TOY@Aeon Mall Shah Alam. Yay!
Pakat dengan keluarga dan kawan-kawan korang, kita ke MR.DIY & MR.TOY@Aeon Mall Shah Alam dan rebut promosi yang ada! Dah masuk tahun baru, boleh la berbelanja untuk keperluan rumah dengan lebih jimat di MR.DIY. Jom guys!
Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik mana-mana link kat bawah ni okay?
- Facebook : @mrdiy2u
- Instagram : @mrdiy2u
- Website : http://mrdiy2u.com/
Selamat Tahun Baru 2020!