berita

Celcom Business Tawar Pakej Menarik Untuk Memudahkan Perniagaan Korang. Jimat 30% Sempena Raya!

May 12th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Macam mana raya tahun ni? Mesti meriah kan setelah 2 tahun tak dapat pulang beraya. Dah puas beraya tu kenalah sambung kerja dan buka semula perniagaan.

Haa..cakap pasal perniagaan, kami ada berita baik buat ahli perniagaan semua. Celcom kini menawarkan pakej digital Celcom Business bagi memastikan urusan perniagaan korang mudah dan berjalan lancar!

Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

Perniagaan jadi mudah, semuanya lebih meriah!

Untuk pengetahuan korang, Celcom Business menawarkan solusi digital yang dapat membantu korang menjangkau lebih ramai pelanggan dengan lebih mudah dan pantas!

Lagi best, sempena musim perayaan ni, korang boleh jimat 30% dengan PENJANA.

Antara penyelesaian digital yang ditawarkan adalah:

Business Wireless

Business Wireless ialah sambungan Internet yang disediakan dengan menyambung ke rangkaian mudah alih 4G untuk kafe, rumah tumpangan, SOHO atau hotel bajet yang tidak boleh mengakses Fiber atau ADSL, tetapi memerlukan sambungan yang boleh dipercayai dengan banyak data.

Solusi ini membolehkan korang menikmati internet pantas dan tanpa had dalam satu pelan bulanan mampu milik. Ia juga mampu memberikan sambungan 4G/LTE terus ke komputer, televisyen, telefon pintar dan peranti pintar korang yang lain melalui akses WiFi yang lancar di mana-mana sahaja di sekitar korang.

Business Wireless juga adalah pakej internet pantas tanpa had yang ditawarkan dengan harga serendah RM135 sebulan dengan kotrak selama 24 bulan.

Enterprise Bulk Messaging

Kadang-kadang nak hantar mesej untuk memberitahu sebarang promosi atau updates terkini kepada setiap pelanggan agak memakan masa dan modal. Yelah, nak kena hantar satu-satu.

Haa..dengan solusi mesej pukal di bawah Celcom Business ni, korang akan dapat berhubung dengan pelanggan hanya dengan 1 klik, dimana korang boleh hantar SMS secara pukal dan serta-merta mencapai kumpulan pelanggan yang berbeza, rakan kongsi dan juga pekerja.

Lagi menarik dengan serendah RM50/bulan, korang boleh nikmati RM0.10 bagi setiap sms dalam rangkaian yang sama dan RM0.15 setiap sms bagi rangkaian lain. Berbaloi kan!

Location Based Advertising

Untuk yang baru memulakan perniagaan, agak sukar untuk menjangkau   dan mendapat pelanggan baru di lokasi perniagaan korang. Yelah, biasanya pelanggan akan melakukan urusan jual beli dengan peniaga yang mereka dah selesa.

Jangan risau, dengan solusi pengiklanan berdasarkan lokasi ini, korang boleh sasarkan bakal pelanggan dengan mengiklankan tawaran dan promosi kepada mereka melalui SMS dengan kadar RM0.30 bagi satu SMS di sekitar korang dalam lingkungan radius 5km bergantung pada lokasi. Kan mudah tu!

MESINKIRA

Sekarang semuanya kan di hujung jari je. Dengan solusi MESINKIRA, korang boleh terima pembayaran digital dari pelbagai sumber seperti kad kredit, debit dan e-dompet hanya dengan satu kod QR.

Tiada terminal diperlukan dan korang hanya perlukan peranti mudah alih sahaja untuk menerima pembayaran.

Lebih menarik, di bawah MESINKIRA, terdapat pelbagai solusi yang ditawarkan seperti berikut:

Business Fibre

Nikmati kecekapan dan ketersambungan perniagaan dengan alatan digital kerjasama untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan perniagaan korang.

Jadi, apa tunggu lagi, kembangkan perniagaan korang dengan Celcom Business dan nikmati lebih banyak tawaran dan peranti percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Business.

SKIP THIS AD ×