berita

Cemburu Dengan Kecantikan Adik, Kakak Tikam 189 Kali, Korek Biji Mata & Potong Telinga

October 24th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Moscow, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun selepas didapati bersalah membunuh adik sendiri. Kes yang bermotifkan cemburu itu mengakibatkan adik, Stefania mati di tempat kejadian.

Kakak, Elizaveta Dubrovina menikam Stefania sebanyak 189 kali, mengorek mata dan memotong telinga akibat terlalu cemburukan kecantikan adik. 

Tikam 189 kali

Mangsa, Stefania Dubrovina (kiri)

Pembunuh, Elizaveta Dubrovina (kanan)

Menurut laporan metro.co.uk, mangsa yang bekerja sebagai model diserang ketika berada di rumah teman lelaki, Alexey Fateev. Ketika kejadian, teman lelaki keluar untuk membeli barang. Ketika pulang, Alexey melihat Stefania dalam keadaan berlumuran darah sebelum menahan Elizaveta daripada melarikan diri.

Mereka membesar di rumah anak yatim

Pendakwa raya kes memberitahu Elizaveta telah menikam sekurang-kurangnya 189 kali sehingga ke bahagian organ-organ penting termasuk kepala, leher, badan, lengan dan kaki. Kemudian dia bertindak mengorek mata sebelum memotong telinga.

Kakak cuba tiru gaya adik

Membesar di rumah anak yatim semenjak kecil, Elizaveta sebelum ini dilaporkan cuba meniru gaya dan penampilan adik termasuk rambut dan solekan. Malah, dia juga telah dihantar menjalani rawatan psikiatri sebelum doktor mengesahkan suspek layak untuk perbicaraan kes.

Tenang ketika dijatuhkan hukuman

Laporan menyatakan lagi, suspek cuba menuduh teman lelaki mangsa sebagai pembunuh sebenar. Dia menyatakan teman lelaki cemburu dan marah kerana mangsa memuatnaik gambar bogel di laman sosial. Menegaskan dirinya tidak bersalah, teman lelaki tampil di Russian TV menceritakan hal sebenar dan dia hanyalah saksi kejadian.

Menerusi sebuah video, Elizaveta kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan hakim kes. Walaubagaimanapun, ibu Oksana Dubrovina mempertahankan si kakak dan percaya anaknya itu tidak bersalah. Ibu saudara juga memohon hukuman diringankan.

Sumber : mirror.co.uk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×