Gambar sekadar hiasan
Hanya kerana cemburu, seorang lelaki tergamak menyimbah petrol sebelum membaling puntung rokok yang dihisap sehingga menyebabkan isterinya yang baru sahaja berusia 16 tahun terbakar.
Artikel Berkaitan: Selisih Faham Punca Suami Bakar Isteri Guna Petrol
Sempat isi minyak motor
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas, kejadian yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia itu terjadi selepas mereka bertengkar di rumah rakan mangsa.
Mangsa difahamkan sudah seminggu melarikan diri dan tinggal di rumah rakan wanitanya. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, pertengkaran itu tercetus selepas suspek menuduh mangsa menjalinkan hubungan bersama lelaki lain.
Menurut pegawai polis, S Yudianto, suspek yang mendakwa isterinya curang bersama lelaki lain telah bertindak membakar menyimbah petrol sebelum membakar isterinya itu.
Sebelum berlalu pergi dari rumah tersebut, suspek meminta anak kepada rakan mangsa untuk membelikannya minyak petrol.
Suspek kemudiannya menuang separuh minyak tersebut ke dalam tangki motornya sebelum menyimbah dan membakar isterinya dengan cara membalik puntung rokok kepada wanita berkenaan.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa kini dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka serta badan manakala suspek berjaya melarikan diri.
Sumber: Kompas