berita

Cerita Lama Berulang Kembali – Aaron Aziz Tak Rasa Status Zed Zaidi Ditujukan Untuknya

June 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-03 at 11.32.05 PM

Anda rasa layakkah Aaron Aziz bergelar bintang paling popular buat kali kedua selepas merangkul gelaran yang sama pada tahun 2011?

Eh, jangan jawab dulu kerana persoalan itu hanya mampu dijawab oleh peminatnya yang tidak putus-putus menyokong karier Aaron. Logiknya, kalau anda seorang haters, sudah tentu tak vote Aaron.

Namun, kemenangan yang diperolehi daripada hasil usaha para peminat tegarnya itu dilihat bagaikan dipertikai apabila status yang dimuat naik oleh Zed Zaidi sekali lagi dikaitkan dengan unsur ‘tidak puas hati’ terhadap pelakon dari Singapura itu.

Screen Shot 2014-06-03 at 10.39.55 PM

Ada kena mengena dengan Aaron ke status Zed Zaidi ni?

“Saya tak rasa pun kenyataan itu ditujukan pada saya. It can be anything. Tak semestinya pasal saya. Tapi standard lah kan. Setiap orang ada peminat dan haters dia yang tersendiri. Kalau seseorang itu minat dia vote, kalau tak dia tak vote. Bagi saya kalah menang adat pertandingan.”

Menerima sebuah kereta Nissan Teana, barang kemas bernilai RM25,000 dan juga jam tangan Tendence, Aaron memberitahu bahawa dia menganggap bahawa kemenangannya itu adalah hasil kerja keras kelab peminatnya.

“Semestinya saya takkan jual kereta ini dan saya akan guna. Kereta yang saya terima di ABPBH 2011 yang lalu itu pun masih saya jaga sebaiknya.

“Hubungan saya dan fan club sudah sampai satu tahap yang sangat rapat. Sebenarnya ada banyak personal event yang saya anjurkan bersama fan club seperti kerja amal dan macam-macam lagi, cuma saya tak mahu publisiti.”

Screen Shot 2014-06-03 at 11.45.09 PMAaron Aziz bersama ‘Teana’ terbarunya! Mantap!

Kalau nak tahu, Aaron juga kini akan memulakan proses penggambaran sebuah filem Hong Kong berjudul ‘Female Special Force’. Katanya jadi orang jahat lagi!

Untuk rancangan raya pula, Aaron memberitahu bahawa dia bakal bergandingan dengan Siti Saleha dalam drama berjudul ‘Tak Nak Balik Kampung’.

P/S: Jangan lah apabila sudah di atas, peminat ditinggal-tinggalkan macam kulit kacang.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×