berita

‘Ceritera Cinta’ Berjaya Tambat Hati Juri, Khareez & Nadeera Muncul Juara Lagu Cinta Kita 2

January 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) akhirnya melabuhkan tirai selepas lapan minggu bersiaran. Pentas akhir semalam, menyaksikan pasangan Khareez dan Nadeera dinobatkan sebagai juara untuk musim kedua.

Dalam episod final tersebut, Khareez dan Nadeera berjaya menewaskan empat lagi pasangan lain iaitu Adly dan Darling, Iss dan Mya, Kael dan Evie serta Syafiq dan Serra. Tahniah!

Keserasian yang luar biasa

Kelima-lima pasangan yang bertanding di episod akhir LCK2 telah mempersembahkan dua buah lagu berbentuk ‘fast’ dan ‘slow’ dalam dua pusingan. Ternyata lagu ‘Ceritera Cinta’ dan ‘Kuch Kuch Hota Hai’ yang dinyanyikan oleh Khareez dan Nadeera berjaya memukau panel juri sekaligus menobatkan mereka sebagai juara. Mereka juga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50 ribu dan bakal memiliki sebuah single lagu duet dan video muzik.

Manakala, pasangan Syafiq dan Serra pula berjaya merangkul tempat kedua dengan membawa pulang RM 30 ribu. Pasangan Iss dan Mya, Kael dan Evie serta Adly dan Darling masing-masing menduduki tempat ketiga, keempat dan kelima. Pasangan tersebut juga membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu.

Dapat standing ovation

Rata-rata netizen memberikan pujian buat Khareez dan Nadeera ketika pasangan tersebut menyampaikan kedua-dua buah lagu pada malam kemuncak LCK2. Selain netizen, panel juri juga memberikan pujian, standing ovation dan markah yang tinggi buat mereka berdua.

Sumber: TV3 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×