Ekoran beberapa kontroversi yang dicetus Ifa Raziah baru-baru ini, selebriti versatil itu tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Bergelek Selepas Akikah, Dibayar RM20,000 Untuk Persembahan
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lagenda Berentap Dengan Bintang Baharu, Rebut Gelaran Terpaling Juara
‘Saya akan perbaiki diri’
Pada siaran langsung program Terpaling Juara terbitan TV3, Ifa membuat kenyataan bahawa dia dengan ikhlas hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ser Ser Ser itu juga berkata, dia dengan ikhlas hati memaafkan golongan yang bertubi-tubi memberi kecaman kepadanya susulan beberapa kontroversi lepas.
Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf, dan memaafkan juga kepada siapa yang mengata saya itu.
Kita manusia biasa, tak lari dari kesilapan… insyaAllah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.
‘Kita kena move on’
Ketika ditemui Ohbulan!, Ifa mengakui bahawa cara dirinya ‘cari makan’ mungkin kurang disenangi ramai, namun tetap berharap agar orang ramai dapat menerima perkara tersebut.
Itu asam garam dunia anak seni… memang saya cari makan dengan cara macam ini.
Saya menyanyi… itulah salah satu sumber pendapatan saya, saya mencari rezeki.
Dalam pada itu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu juga berharap agar orang ramai dapat melupakan kesilapan yang dia lakukan sebelum ini.
Kita kena move on… saya pun dah move on.
Ifa yang ditemui selepas siaran langsung Terpaling Juara itu juga sempat mengucapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membina namanya semula dalam industri seni melalui program tersebut.
Terpaling Juara ini merupakan satu permulaan bagi saya, untuk karier saya, dah 9 tahun saya tak masuk bertanding, ini saya ‘comeback’ untuk saya bina nama saya dalam industri ini