berita

Chacha Maembong Jelaskan Isu Bermanja Dengan Teman Lelaki

November 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-26 at 10.57.49 AM

Kecoh minggu lalu apabila Chacha Maembong dikatakan kantoi beraksi manja dengan lelaki yang didakwa sebagai kekasih hatinya semasa program live Maharaja Lawak minggu lalu.

Mana tak kantoi kalau dah pasangan merpati itu duduk di belakang juri, Taufik Batisah yang sudah confirm akan jadi tempat kamera dipacakkan. Huhu. Maka, satu Malaysia jadi saksinya.

Tapi, apa pula komen adik kepada Emma Maembong itu apabila dia dikatakan sengaja mahu menunjuk aksi mesra bersama lelaki tersebut untuk meraih publisiti murahan? Komen sikit dik non.

Screen Shot 2014-11-26 at 11.00.57 AM

“Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu.

Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan.

Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan.”

chacha-maembong

Ha, siapa yang cakap bukan-bukan tu ye sebabnya Chacha cuma rapat sikit je pun kan? Hehe. Takpelah. Sekurang-kurangnya semua orang dah tahu bahawa Chacha is not available dah sekarang ni. Betul tak?

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×