Siapa yang tidak kenal dengan Youtuber masakan iaitu Che Nom yang memiliki pengikuti di laman YouTube seramai 997k subscribers. Content yang dikongsikan Che Nom berfokuskan perkongsian resipi masakan termasuklah makanan Melayu dan manisan.
Mungkin ramai di antara kita juga tertanya, berapakah pendapatan yang diterimanya setiap bulan sebagai Youtuber? Malah, ada yang mendakwa Che Nom terima hampir RM120k? Betul ke?
120k?
Che Nom sebelum ini sempat screenshot kenyataan yang dikeluarkan satu portal berhubung pendedahan pendapatan bulanannya didakwa cecah RM120 ribu sebulan. Screenshot berkenaan dimuat naik melalui laman Twitternya dan telahpun diturunkan selepas wakil dari portal berkenaan memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan.
Youtuber itu mendakwa dan menganggap pendedahan pendapatannya cecah sekitar RM120 ribu sebulan adalah sebagai keterlaluan dan tidak tepat.
Dah dapat permohonan maaf
Terbaru, Che Nom menjelaskan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf dari portal berkenaan. Susulan itu, artikel dari portal berkenaan sudahpun diturunkan.
Tambah Che Nom lagi, pendapatan dari laman Social Blade terlalu meluas dan dinasihati supaya tidak menjadikan laman ini sebagai rujukan untuk menyemak pendapatan mana-mana Youtuber atau influencer.
Video masakan Che Nom
Bagi anda yang belum mengetahui siapa Che Nom ini, atau mencari resipi menarik untuk memasak, bolehlah ke YouTube Che Nom. Lebih kurang 178 resipi yang pernah dikongsinya. Tengok pun dah terliur, sudah tentu sedap!
Sumber: Che Nom