Di Instagram Story, pelakon Rozita Che Wan dilihat membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina dan mengutuk cara pemakaian anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Naik Angin Aaisyah Dihina – ‘Tolong Delete! Jangan Main Taik Dengan Aku’
Artikel Berkaitan: Che Ta Dedah Wajah Lelaki Didakwa Bawa Lari Dua Pembantu Rumah Ayu Raudhah – ‘Inilah Jantan Tak Ada Teloq Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Nasihat Aaisyah Jangan Jadi Pemalas, Pandai Buat Kerja Rumah – ‘Mak Hang Hantaran RM93k, Aaisyah Nanti RM900k’
Serah kepada pihak berkuasa
Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, individu tersebut sudah melampaui batas kerana menghina cara pemakaian Aaisyah seperti pelacur. Oleh sebab itu, Che Ta tampil membuat laporan polis dan menyerahkan segala urusannya itu kepada pihak berkuasa.
Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing! Silap besar la hang cari pasal dengan aku.
Selain membuat laporan polis, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Terdahulu, komen itu muncul disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah akaun TikTok yang memuat naik video Aaisyah dengan menggunakan tajuk berita kurang sopan sehingga mengundang salah faham netizen.
Berang dengan kata-kata hinaan itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini menggesa pemilik akaun tersebut untuk memadam perkongsian berkenaan.
Sumber: Rozita Che Wan