Dramatis popular, Rozita Che Wan mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Nasihat Aaisyah Jangan Jadi Pemalas, Pandai Buat Kerja Rumah – ‘Mak Hang Hantaran RM93k, Aaisyah Nanti RM900k’
Artikel Berkaitan: ‘Baru 21 Hari Kerja’ – Che Ta Bengang ‘Maid’ Ayu Raudhah Lari Rumah, ‘Kantoi’ Tidur Tengah Hari Buta!
Identiti lelaki?
Menerusi hantaran di Instagram, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta memuat naik tangkap layar memaparkan akaun Facebook milik lelaki terbabit.
Ini lah jantan h*nat yang tak ada teloq (telur/rasa malu) yang bawa lari maid-maid Ayu Raudhah.
Pada hantaran sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu meminta orang ramai untuk menularkan mengenai perkara tersebut.
Kau (pelaku) tunggu kejap! Tolong viralkan jap h*n*t ni wahai netizen.
Terdahulu, Che Ta memaklumkan pihak polis sudah dapat mengesan lokasi dua pembantu rumah warga Indonesia Ayu yang melarikan diri dari kediamannya pada 21 Ogos lalu.
Berdasarkan siasatan pihak polis, dua pembantu rumah berkenaan dipercayai berada di lokasi jauh dari Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan Puchong.
Malah, Che Ta mendakwa menerusi rakaman CCTV, terdapat lelaki menaiki kereta berwarna hitam yang mengambil dua pembantu tersebut di rumah Ayu di Seremban.
Sumber: Instagram