Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa kurang senang melihat fesyen sesetengah artis pada malam acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zain Saidin Tak Ada Masalah Aaisyah Suka Bersiap – ‘Dia Pakai Make Up Sekali Sekala, Kami Beri Dia Keseimbangan’
Artikel Berkaitan: Che Ta Buat Laporan Polis Isu Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur – ‘Silap Besar Hang Cari Pasal Dengan Aku’
‘Sungguh tak menghormati majlis’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mempersoalkan fesyen selebriti yang hadir ke acara tersebut. Menurut Che Ta lagi, ada di antara mereka selamba mengenakan pakaian seperti baru balik bersenam.
Kenapa lah ada yang pergi Anugerah, pakai baju macam baru balik jogging! Ayooo sungguh tidak menghormati majlis! Kalau dah bod*h fesyen, hire la stylist!
Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang datang ‘meriah’ fesyennya. Lagi pun majlis-majlis serupa ini, bukan hari-hari kot kau nak kena muncul.
Ada juga yang macam nak pergi kenduri, tapi okay lagi la dari yang datang macam baru balik jogging dan baru bangun tidur.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin ini juga berpendapat bahawa sikap tersebut seolah-olah tidak menghormati majlis.
Sekadar info, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) telah berlangsung dengan meriahnya di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Penyanyi Aina Abdul telah memenangi anugerah bagi kategori Bintang Paling Popular selepas menerima lebih 8 juta undian daripada para peminat.
Perkongsian di IG Story
Sumber: Instagram Che Ta