Pelakon Rozita Che Wan dilihat sempat memuat naik beberapa posting di media sosialnya tatkala, nama sedang hangat menjadi bualan ramai susulan didakwa berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Artikel Berkaitan: Selepas Rumah Diserbu Didakwa Hutang Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat Post Ucapan ‘Birthday’ Untuk Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: Rumah Che Ta Diserbu MARA, Didakwa Tak Bayar Hutang Hampir RM1 Juta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Akui Buli Wujud Di Set Penggambaran – ‘Saya Tak Nafikan, Dari Make Up Artis Sampailah Ke Pengarah’
Ulang tahun perkahwinan
Semalam, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta sempat menitip ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Aniq Ezra yang ke-26.
Terbaru, Che Ta menitip ucapan istimewa buat suami tercinta iaitu Zain Saidin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun.
Menurut Che Ta, dia berharap Zain akan sentiasa gembira, sihat dan bahagia seperti tahun-tahun sebelum ini.
Selain ucapan untuk Zain, Che Ta dipercayai aktif memuat naik Instagram Story.
Paling mencuri tumpuan, Che Ta berkongsi lauk pauk yang terhidang di atas meja makannya.
Menerusi foto yang dikongsikan, terdapat empat jenis lauk iaitu telur dadar, sayur goreng, sambal udang dan ikan. Di samping itu, kapsyen Che Ta iaitu ‘diet…adeer’ turut menjadi tumpuan.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Che Ta turut ‘repost’ Instagram Story semua sahabat baiknya termasuk pengurusnya sendiri. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap Che Ta tampil memberikan penjelasan berhubung isu hutang tersebut.
Terdahulu, pihak MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Che Ta, selepas pelakon itu dikatakan gagal melunaskan pinjaman yang dibuat pada 2017.
Sumber: Che Ta