Chef selebriti Datuk Chef Wan kurang senang terhadap pihak yang membuat perbandingan antara dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak
Artikel Berkaitan: Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu
Tak perlu banding
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menyifatkan perbandingan tersebut adalah membuang masa dan tidak sewajarnya dilakukan berikutan mereka memiliki latar belakang yang berbeza.
Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.
Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial.
Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?
Meskipun sudah berkecimpung di dalam dunia masakan lebih tiga dekad, namun Chef Wan tidak terkesan andai sumbangannya tidak dihargai.
Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya.
Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.
Mengakui zaman kegemilangannya sudah berakhir, chef berusia 66 tahun itu menegaskan tidak pernah terbit rasa dengki dengan pencapaian pempengaruh popular itu malah tumpang berbangga.
Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan.
Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah.
Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang membandingkan pencapaian serta ‘skill’ masakan Chef Wan dengan Khairul Aming susulan pempengaruh tersebut menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.
Sumber: IG Chef Wan