Tanggal 22 Mac tahun lalu, kumpulan rock terkemuka antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) telah pun mengumumkan bahawa mereka bakal berpecah selepas lebih 12 tahun bersama.
Pengumuman yang dibuat menerusi laman web rasmi My Chemical Romance itu nyata menimbulkan rasa kecewa di kalangan peminat tegar mereka.
Namun, kekecewaan itu sedikit terubat apabila MCR telah melancarkan lagu terakhir mereka berjudul Fake Your Death yang dimuatkan dalam album kompilasi ‘May Death Never Stop You: The Greatest Hits 2001–2013‘.
Fake Your Death merupakan lagu terakhir MCR
Nafi perpecahan berpunca daripada perbalahan ahli kumpulan, MCR memberitahu bahawa judul album tersebut diambil bersempena tanda perpisahan kumpulan mereka.
“Kami melihat koleksi ini sebagai satu keraian kepada lagu-lagu terbaik kami dan berharap agar memori ini bakal terus membawa kegembiraan buat peminat.
Album ini juga membawa beberapa material yang belum pernah dikeluarkan lagi seperti ‘Fake Your Death’ dan ‘Attic Demos’.”
Khas buat semua penggemar muzik mereka, jom kita tonton video klip rasmi lagu Fake Your Death.