Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal menghadiahkan sepasang sandal jenama Hermes kepada pembantu peribadinya, Ammar.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Dedah Klien Sanggup Bayar Harga ‘Review’ RM100,000 – ‘Sesuai Dengan Hasil Saya Berikan, Dapat Pulangan 5 Kali Ganda’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Semuanya Selesai Dengan Cara Yang Baik’ – Cik Epal
Baru ada masa
View this post on Instagram
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata sudah lama dia mahu menghadiahkan pembantunya selipar baharu.
Namun, disebabkan kekangan masa Cik Epal tidak berpeluang untuk pergi ke kedai membelikannya.
Katanya, Ammar sangat cemerlang dalam menggalas tanggungjawab sebagai pembantu peribadi.
Dia buat kerja memang tiptop. Benda tak suruh pun dia tahu apa yang perlu dia buat.
Aku pula tak suka orang lambat. Dia memang jenis punctual.
Speaking pun pandai, bijak, penyabar, matang dan suka susun barang dalam troli.
Lelaki budiman
Bercerita lebih lanjut, duta Jakel Raya itu berkata Ammar juga merupakan seorang yang budiman (gentleman).
Cik Epal turut mengakui layanan Ammar terhadapnya membuatkannya terasa seperti seorang princess kerana lelaki itu sangat peka dengan keadaan sekeliling.
Kalau nak makan atau minum, dia akan bukakan penutup botol air.
Apa yang diminta, sepantas kilat dia selesaikan.
Naik kereta, pintu dibukan. Bila hujan, laju-laju ambil payung.
Sumber: Instagram Cik Epal